Cara Buat Maggi Goreng Padu, Memang Betul-Betul ‘Berhantu’ Sedapnya

Maggi goreng best namanya. Perkongsian resepi oleh Afy AL Habibi ni memang sedap.

Sebab menu ini betul-betul berhantu sedapnya. Jangan makan kongsi. Sebungkus pasti tak cukup.

BACA JUGA: Cara Buat Maggi Chili Oil, Maggi Level Up Viral Yang Sedap. 2 Minit Siap!

MAGGI GORENG BEST SEDAP

Maggi goreng berhantu

BAHAN-BAHAN:
  • 1 bungkus maggi kari
  • Udang
  • Isi ayam
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 tangkai cili padi merah
  • 1 tangkai cili padi hijau
BAHAN-BAHAN PERASA:
  • 2 sudu besar kicap Jalen lemak manis
  • 1/2 sudu besar kicap Jalen pekat
  • 1/2 sudu besar sos tomato
  • 3/4 sudu besar sos cili
  • 1/2 sudu kicap cair
  • Setitik dua minyak bijan
CARA-CARA:

1. Pertama, kena ada Maggi Kari untuk lebih kick. Celur maggi selama 2 minit. Kemudian toskan. Perencah maggi simpan dulu.

2. Seterusnya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumbuk yang sudah ditumbuk.

3. Setelah bahan tumis sedikit garing, masukkan udang dan hirisan nipis dada ayam.

4. Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa. Fungsi minyak bijan menaikkan bau dan rasanya. Boleh digunakan dalam hidangan bergoreng.

5. Seterusnya masukkan sepaket perencah maggi yang disimpan tadi.

6. Kemudian masukkan sedikit air lebih kurang satu senduk.

7. Seterusnya masukkan maggi yang telah dicelur tadi.

8. Akhir sekali, perasakan dengan sedikit gula. Kacau-kacau sambil besarkan api. Masa ni kalau ada sayur boleh masukkan.

9. Selepas air sedikit kering kira-kira seminit dua, boleh tutup api. Siap!

Hidangkan bersama telur mata. Taburkan potongan daun bawang, daun sup dan potongan cili padi merah untuk menaikkan warnanya. Akhir sekali, tambahkan satu sudu besar lada solok jeruk sekali dengan airnya. Selamat mencuba!

Maggi goreng berhantu

Kena cuba tau resepi ni. Mesti suami atau anak-anak suka. Semoga bermanfaat.

Sumber/Foto: Afy AL Habibi

Related articles