Nak Buat Sambal Belacan Sedap Kena Ikut 4 Cara Ni, Comfirm Puas Hati

Nak Buat Sambal Belacan Sedap Kena Ikut 4 Cara Ni, Comfirm Puas Hati

Ada petua untuk mendapatkan rasa sambal belacan yang sedap. Kalau ikut cara ni, InsyaAllah hasilnya pasti tidak menghampakan.

Jom buat stok sambal belacan simpan dalam peti. Boleh makan dengan nasi panas-panas, ikan goreng dan timun batang.

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Kicap Power Yang Sesuai Dimakan Bersama Apa Sahaja. Pasti Berbaloi-Baloi!

buat sambal belacan

PETUA SAMBAL BELACAN SEDAP

Tips 1

Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips 2

Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3

Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4

Tinggalkan beberapa biji cili api yang masih bertangkai. Petua supaya tidak sakit perut makan sambal

RESEPI SAMBAL BELACAN SEDAP DAN WANGI

Cara buat ikut urutan
(kisar kasar bahan-bahan)

  • 6 biji limau kasturi (buang biji)
  • 50g belacan yg telah dibakar
  • 3 biji cili merah+1biji cili hijau
  • 8 biji cili padi hijau
  • 25 biji cili padi merah
  • 100ml air asam jawa pekat
  • Masukkan sedikit gula dan garam

Nak buat banyak untuk buat stok boleh gandakan sahaja bahan-bahan. Selamat mencuba

Sumber/Foto: Nurulain Insyirah

Related articles