Cara Masak Ikan Masak Bawang Asam, Tak Sedar Dah Tambah Berpinggan-Pinggan

RESEPI IKAN BAWANG MASAK ASAM

Itu hari masakkan ikan untuk emak. Ala-ala mendiang nenek kami (non muslim), mendiang kalau kami balik ke Chaah akan masak ikan begini. Mereka vegitarian jadi nak makan memang tak, masak sahaja.

Ikan bawang masak asam ini akan rasa masam dan ada rasa rempah yang ringan. Sedaaaap.

Lain sikitlah dari masakan melayu biasa, emak memang selalu teringat masakan ibunya, so saya tahu serba sedikit masakan Kerala, saya cubalah masak untuk emak, syukur menjadi dan emak suka. Ok jom.

BACA JUGA: Ikan Lengat Goreng, Makin Dimakan Makin Menjadi-Jadi. Nikmat Tak Terkata!

BAHAN-BAHAN :

  • 7-10 ekor ikan kembung atau selar atau sardin. Terpulang.
  • 2-3 biji tomato separa masak.
  • 3 tangkai daun kari.
  • 5 biji bawang merah India.
  • 1 senduk cili kering kisar
  • 1 sudu besar halba campur (jintan manis, halba, biji sawi)
  • 2 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili hijau besar.
  • 1 sudu kecil pes asam jawa.
  • Garam

UNTUK MENGGORENG:

  • 2 susu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Sedikit garam.

CARA-CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan serbuk cili, serbuk kunyit dan garam bersama ikan.
  2. Goreng dalam minyak panas.
  3. Angkat dan ketepikan.
  4. Guna kuali lain, masukkan minyak goreng ikan tadi. Jangan semua tau. Agak-agak je.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili hijau besar, daun kari dan tomato sehingga layu layu sikit.
  6. Masukkan halba campur. Tumis lagi.
  7. Masukkan sesenduk cili kering kisar.
  8. Masukkan pes asam jawa.
  9. Kalau pekat sangat masukkan sedikit air.
  10. Masukkan garam gula secukup rasa.
  11. Dah pecah minyak, Masukkan ikan goreng tadi.
    Ikan masak bawang asam
  12. Siap! Selamat mencuba.
    Ikan masak bawang asam

Sumber/Foto : Khairul Hakimin Muhammad

Related articles