Cara Buat Maggi Chili Oil, Maggi Level Up Viral Yang Sedap. 2 Minit Siap!

Biasa la kan kalau lapar tengah malam mesti kita cari maggi. Hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Tapi kali ini kita buat manggi level up sikit. Maggi chili oil.

Jom ikuti perkongsian @bangman30 di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Maggi Kari Tumis, Habis Licin Semua Berebut Nak Makan!

MAGGI CHILI OIL

Jom upgrade maggi tengah malam kita. Rasa pedas dan berminyak tu sangat memuaskan. Daun bawang jangan lupa!

BAHAN-BAHAN :

  • 1 peket Maggi Kari*
  • Minyak Masak*
  • Kicap*
  • 1-2 ulas Bawang Putih dihiris halus*
  • Chilli flakes
  • Serbuk Bijan
  • 1 Biji Telur*
  • Daun Bawang

** bahan-bahan utama, yang lain jika takda pun tak mengapa

CARA PENYEDIAAN :

1. Macam biasa, mula-mula panaskan air dalam kuali/periuk. Rebus manggi sampai lembut. Angkat dan bilas dengan air sejuk untuk dapatkan tekstur yang kenyal. Kemudian tos dan ketepikan.

2. Sediakan satu mangkuk, masukkan rempah maggi kari (guna separuh pun dah cukup), bawang putih yang dicincang dan sedikit kicap. Nak sedap lagi letak serbuk bijan dan chilli flakes.

3. Kemudian panaskan sedikit minyak (jangan sampai minyak berasap, just panas sikit-sikit gitu). Kemudian tuangkan kedalam mangkuk berisi bahan-bahan tadi.

4. Masukkan pula maggi yang telah direbus tadi kedalam mangkuk. Gaul sehingga semua bahan sebati.

5. Siap untuk dihidang. Apakah makna maggi yang sedap tanpa telur goreng mata yang garing. Jadi goreng telur mata sebiji ye.. baru complete maggi chili oil kita. Daun bawang jangan lupa!

Nak makan sekali dengan crab stcik ke, sosej ke terpulang.. lagi banyak lagi sedap la kan.

VIDEO :

Nak lebih jelas boleh tonton video perkongsian @bangman30 disini >>> MAGGI CHILI OIL

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : @bangman30

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles