Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Roti Jala antara hidangan yang ringkas dan sedap. Sangat sesuai dijadikan hidangan menu pagi dan petang. Bagi siapa yang biasa membuat roti jala tahulah sebenarnya senang sahaja nak menyediakannya. Nak buat bila-bila masa pun boleh.

Bagi yang suka buat roti jala dalam jumlah banyak untuk makan sampai ke petang atau malam tip dari Nor Al Fatihah T-hah ni boleh anda praktikan supaya roti jala kekal lembut.

Malahan jika di buat pada waktu malam untuk hidangan pagi esok pun tetap lembut dan tidak keras. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

CARA BANCUH DAN KIRAI ROTI JALA SUPAYA KEKAL LEMBUT SEMALAMAN

Roti Jala Pukat Buruk..buruk ke? ?

Semalam sengaja buat lebih kari ayam sebab nak cicah dengan roti jala untuk breakfast hari ni.. memang lembut smpai ke petang.

Suke jala petak-petak camni ?

Nah resepinya (jangan derhaka resipi ?)

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji telur A
  • 1/2 tin susu cair(1 cawan)
  • 150ml minyak masak
  • 1500ml air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning telur
CARA PENYEDIAANYA :

1. Satukan semua bahan

2. Kisar hingga sebati dan sedia untuk dimasak

3. Masak guna pan(kuali) non stick, jika guna kuali leper yang masak daging burger tu leser sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama dan yang seterusnya tak perlu leser minyak.

Empunya resepi gunakan guna botol 3 muncung/mata macam ni ?? Botol Roti Jala 3 Lubang

Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Nak menjala/melempeng mudah guna ni ??  Frying Pan Non-Stick Breakfast

Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman
TIPS PENTING:

Jika tempahan banyak dan cust nak pagi, boleh kirai malam. Jam 10 malam dah boleh mula. Siap jer kirai biarkan roti jala betul-betul sejuk baru tutup bekas (selalunya saya anginkan bawah kipas) InsyaAllah lambat basi.

Cara Bancuh & Kirai Roti Jala Supaya Tetap Lembut Walaupun Dah Semalaman

Selamat mencuba!

Kredit/Foto: Nor Al Fatihah T-hah

Related articles