Jika anda dah jemu makan ayam goreng, apa kata anda cuba ayam pandan thai yang memang sangat sedap dan juga sangat harum aromanya hasil dari bahan perapan dan balutan daun pandan segar.
Hidangan ini biasanya dihidangkan bersama sos pencicah cili Thai yang boleh didapati resepinya di sini.
Mari ikuti resepi ayam pandan thai mudah perkongsian Cheyah Saripuddin di bawah ini.
RESEPI AYAM PANDAN THAI MUDAH
Harini misi tak nak makan nasi. Jadi tuan suami subuh-subuh lagi pergi potong daun pandan untuk cheyah. Yelah nak buat ayam pandan kenalah guna daun pandan.
Cheyah buat cicah dengan sos cili lebihan buat ayam hainan semalam. Perghhhh sedap wei merecik hawau. 😋
BAHAN-BAHAN:
- 1 keping dada ayam (potong dadu)
- 12-15 helai daun pandan
- 5-6 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 1/2 inci halia
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 2 sudu makan kicap masin
- 2 sudu makan kicap manis
- Secubit garam
- 1 sudu kecil gula
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan lada hitam sehingga lumat. Masukkan dalam ayam tadi.
2. Kemudian, tambahkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga sebati. Perapkan selama 30 minit.
3. Ambil daun pandan. Buat segi tiga bucu, masukkan ayam dan tutup ayam dengan masukkan daun pandan ke poket dan selit kat belang. Nanti tengok gambar.
4. Goreng sehingga ia masak. Dah siap untuk dihidang bersama nasi ataupun cicah sos apa kesukaan anda.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto: Cheyah Saripuddin