Sambal Kerang Tumis, Sekali Rasa Meratah Tak Berhenti

Sambal kerang tumis antara lauk hidangan yang ringkas penyediaanya namun rasanya sangat sedap.

Hidangan sambal tumis kerang ini sedap dimakan sebagai lauk nasi lemak selain dimakan dengan pulut kuning. Boleh juga dimakan bersama nasi putih. Memang makan menambah nambah tak sedar kalau dapat lauk seperti ini.

Mari ikuti perkongsian resepi oleh Nurul Ain Muhamad Hassan di bawah ini

BACA JUGA: Kerabu Kerang Taugeh Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya!

SAMBAL KERENG TUMIS

Sambal kerang tumis

BAHAN-BAHAN:
  • 1kg kerang – sudah dibersihkan
  • 2 biji bawang besar – hiris
  • 1 batang serai – diketuk
  • Daun kesum – hiris
  • 1 batang bunga kantan – hiris
  • Daun bawang – hiris
  • Cili kisar
  • Bawang putih dan bawang merah – kisar
  • Garam dan gula
CARA MEMASAK:

1. Tumiskan bawang besar yang sudah dihiris bersama serai yang telah diketuk sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bawang yang sudah dikisar tadi dan tumis sehingga sedikit garing.

3. Bila sedikit garing, baru masukkan cili kisar ikut sukatan kuantiti kerang. (Kalau suka boleh lebihkan. Kalau tak suka, boleh kurangkan)

4. Masak sehingga cili kisarnya pecah minyak. Selepas pecah minyak, masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masukkan hirisan daun kesom dan bunga kantan bagi naik wangi masak tumis ini. (Yang ini optional, nak letak Boleh tak nak letak pun tak pe. Tapi kalau letak lagi sedap)

6. Bila sudah sedikit kering sambalnya, boleh lah masukkan kerang yang sudah dicuci bersih.

7. Tutup sekejap kuali kira-kira 10 minit kemudian baru taburkan hirisan daun bawang.

Siap!

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nurul Ain Muhamad Hassan

Related articles