Kerabu Kerang Taugeh Ni Memang Sedap, Kecur Air Liur Dibuatnya!

Bagi penggemarnya sebut sahaja kerabu sudah pasti kecur air liur dibuatnya. Mana tidaknya rasanya yang sedap penih dengan rasa masam, manis, pedas dan menyengat semestinya mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Bahkkan ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja. Lagipun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas, kos membuatnya pun murah. Buat sendiri sahaja dekat rumah. Sudah pasti boleh makan sepuas-puasnya.

Antara kerabu yang boleh anda cuba ialah kerabu kerang taugeh ini. Memang sedap!

Mari ikuti perkongisian resepi oleh Nor Khomariah Norrohman di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Sedapnya Kerabu Pucuk Daun Kari, Wanita Ini Kongsi Cara Membuatnya!

RESEPI KERABU KERANG TAUGEH

Ada yang nok tak resepi kerabu kerang taugeh

BAHAN-BAHAN :

  • 1 mangkuk taugeh ( celur sekejap)
  • 5 biji kacang botol ( saya xda stok pakai kacang panjang je)
  • 1 biji bawang besar ( mayang)
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang bunga kantan ( hiris nipis)
  • 1 genggam udang kering
  • 1/2kg isi kerang rebus
  • jus limau nipis secukupnya
  • sedikit belacan
  • kerisik secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa

CARA-CARA MEMASAK :

1. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula Dan garam serta kerisik gaul sebati..

2. Satu kan semua bahan dalam bekas Dan gaul rata, rasa dan boleh lah ejas rasa mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Nor Khomariah Norrohman

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles