Padu Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap

Padu Sos Thai Homemade, Cicah Dengan Apa Pun Sedap.

Sos thai antara sos pencicah yang sangat sedap dan mudah disediakan.

Sos ini sesuai dimakan dengan apa sahaja. Nak makan keropok ikan, jemput-jemput mesti nak cecah dengan sos thai kan.

Biasanya sos begini kita akan beli kan? Jadi apa kata anda buat sendiri dirumah. Mudah sahaja. Ikut sahaja resepi perkongsian Tg Khuzanika di bawah ini.

BACA JUGA: Kerabu Sotong Thai, Tak Banyak Bahan Pun Tapi Ngam Rasanya

SOS THAI HOMEMADE

Hari ni kita meratah ayam bakar je, dengan sos thai homemade.

sos thai homemade

BAHAN-BAHAN:
  • 10 biji cili api merah
  • 5 biji cili padi hijau
  • 2 biji cili besar merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air masak
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan cuka
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan sos cili
  • Sedikit ajinamoto
  • 1 sudu kecil tepung ubi (bancuh dengan sedikit air)
  • Bijan – disangai
CARA PENYEDIAAN:

1. Kisar kasar cili api merah, cili padi hijau, cili besar merah dan bawang putih.

2. Kemudian masukkan bahan kisar dan bahan-bahan lain ke dalam periuk kecuali tepung ubi dan bijan.

3. Masak kesemuanya sehingga menggelegak. Kemudian kecilkan api dan masukkan tepung ubi, biarkan mereneh.

4. Apabila kuah dah pekat dan cantik, taburkan bijan. Tapi pastikan jangan terlalu pekat kan.

5. Tambah apa yang perlu. Pastikan rasa cukup masam, manis dan masin.

Sumber/Foto: Tg Khuzanika

Related articles