Cara Mandi Wajib (Panduan Lengkap Sempurna)

Mandi wajib adalah asas dalam kesucian kehidupan seorang muslim.

Tanpa mandi wajib yang sah dan sempurna, solat dan ibadah kita yang lain tidak akan diterima oleh Allah.

APA ITU MANDI WAJIB?

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.

SEBAB-SEBAB MANDI WAJIB

  1. jimak iaitu melakukan persetubuhan (bertemu dua khitan) apabila zakar dimasukkan ke dalam faraj walaupun tidak keluar air mani.
  2. Keluar air mani walaupun zakar tidak dimasukkan ke dalam faraj. Begitu juga keluar air mani kerana bermimpi syahwat (wet dream)
  3. Keluar darah Haid bagi wanita.
  4. Nifas iaitu darah yang keluar dari faraj wanita ketika melahirkan anak (Wiladah)
  5. Wiladah – wanita yang melahirkan anak.
  6. Mati kecuali mati syahid
  7. Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (“kafir”)

RUKUN MANDI WAJIB

  1. Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
  2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
  3. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan. (Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)

NIAT MANDI WAJIB

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah

cara mandi wajib

Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan

Tidak kira samada niat ketika air kena pada kepala atau tangan atau kaki atau lainnya maka sahlah niatnya itu.

Tidak sah niat sebelum mandi atau selepas selesai mandi.

Tidak mengapa niat selepas air kena dahulu pada badan kemudian baru ia berniat cuma anggota badan yang kena air sebelum berniat wajib diratakan semula jika selepas itu tidak lagi sampai air ke situ.

Artikel Berkaitan: Zikir Yang Membebaskan Diri Dari Azab Api Neraka

CARA-CARA MANDI WAJIB

Berikut merupakan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang sempurna

1. Dulukan Bersih najis

Membersihkan segala najis yang ada pada badannya samada najis yang ada pada kemaluan atau lainnya serta apa-apa yang menghalangi air dari sampai ke kulit.

2. Membaca Bismillah

Ini jika mandi itu bukan di dalam tandas. Ada pun jika mandi di dalam tandas maka hendaklah dibaca bismillah ketika berada di luar tandas waktu hendak masuk.

3. Membasuh Kedua Belah Tangan Dan Berwuduk
4. Niat
5. Membasuh Rambut Dan Kepala

Ketika membasuh kepala wajiblah diratakan air dengan cara menyelat-nyelat dengan jari atau menggosok sampai kena semua helaian rambut dan kulit kepala.

Wajib ketika membasuh muka diratakan air pada segala anggota muka yang zahir seperti pangkal anak mata, hujung anak mata, tepi lubang hidung, dua bibir dan dua cuping telinga luar dan dalam.

6. Membasuh Bahagian Yang Kanan Dahulu
7. Membasuh Anggota Tiga-Tiga Kali
8. Meratakan Air Seluruh Badan

Rujukan: 1
Rujukan: 2

Related articles