Ikan lengat goreng antara hidangan lengend yang cukup terkenal dengan kesedapannya.
Walaupun rupanya kurang menarik, namun jika dimakan bersama nasi panas memang nikmat tak terkata. Jika diratah sahaja memang tidak cukup 2 3 ekor.
Boleh makan sampai tulang. Sebab tulang dia jadi rangup dan lembut. Nak menyediakannya juga cukup mudah, bahan-bahan memang sudah tersedia didapur rumah anda.
Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.
BACA JUGA : Cara Buat Ikan Rebus, Sedap Digoreng Dan Tahan Berbulan-Bulan Simpan Dalam Freezer
RESIPI IKAN LENGAT GORENG RANGUP
Ni bukan masak apa tak jadi, tapi makan makin menjadi-jadi. Ni nama dia ikan lengat goreng. Ada yg pernah makan ka? Memang syurrrrrr
BAHAN-BAHAN :
- 12 ekor ikan Kembung
- Segenggam Asam Jawa
- 2 sudu garam
CARA MEMASAK :
1. Siang ikan macam biasa.
2. Ramas asam jawa dengan setengah cawan air. Masukkan garam. Garam kena boh banyak noh. Yang dekat dalam gambar ni pun letak 2 sudu makan.
3. Masukkan ikan. Salut bagi kena semua. Perap 30 minit
4. Rebus atas api sederhana (atau kukus). Bila dah mendidih sikit tu terus tutup api.
5. Biar dia suam sat.
(Ni lepas rebus. Rebus sikit-sikit ja nah. Rebus muhong-muhing ja. Jangan lama, nanti dia lembik susah nak goreng. Takut hancoq)
6. Panaskan minyak. Goreng macam biasa sampai garing macam dalam gambar.
Ni bukan hangit nah. Rupa dia memang laguni. Ni boleh makan sampai tulang. Sebab tulang dia jadi rangup dan lembut. Nikmat tak terkata, lauk legend ni hampa aii.
NOTA : Ramai takut ngan garam, jangan risau, asam jawa tu cut rasa masin tu.. saya letak 2 sudu makan untuk 12 ekor ikan. Asam jawa segenggam. Kalau buat 5-6 ekor, boleh kurangkan. Letak garam 1 sudu makan. Jangan risau, tak masin pun aih.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Aishah Yap