Cara Buat Apam Kampung. 4 Bahan Sahaja, Gerenti Jadi!

Menarik resepi Apam Kampung perkongisan Nurlia Liya ni, hanya menggunakan 4 bahan sahaja. Tapi gerenti jadi. Bahkan rasa dan teksturnya pasti dapat memenuhi citarasa anda.

Banyak resepi Apam Kampung yang diubahsuai mengikut citarasa zaman yang boleh anda cuba, namun terkadang resepi yang simple orang dulu-dulu juga yang menjadi pujaan.

Walaupun simple namun rasanya memang sedap. Tak percaya! Jom cuba

BACA JUGA : Resepi Apam Susu Gebu Gebas. Makin Lama Putar, Makin Gebu Hasilnya

APAM KAMPUNG 4 BAHAN

Apam Kampung, nah saya bagi resepi 4 bahan je. Garenti jadi!

apam kampung 4 bahan

BAHAN-BAHAN :

  • 1 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 peket mauripan

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Masak gula merah dan air. Kemudian biarkan suam. Setelah itum tapis dan masukkan ke dalam tepung. Gaul sebati.

2. Setelah itu, masukkan mauripan. Gaul smpai licin dan tak bergentel. Boleh guna whisk @ blender. Kemudian perap selama 1 jam.

apam kampung 4 bahan

3. Panaskan periuk kukusan. Sapukan loyang dengan minyak. Tuangkan adunan apam tadi ke dalam loyang. Tapi jangan kacau-kacau. Terus kukus selama 1/2 jam. Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber/Foto : Nurlia Liya

Related articles