Resepi Apam Susu Gebu Gebas. Makin Lama Putar, Makin Gebu Hasilnya

Dengan menggunakan enam bahan, anda dapat menghasilkan apam susu yang gebu gebas. Bahan-bahan juga adalah bahan asas yang mungkin tersimpan di dapur anda. Cara penyediaannya juga ringkas dan mudah.

Ada langkah penting yang ada boleh ikuti untuk dapatkan kek atau kuih yang cantik dan gebu. Ikut sahaja tips dan resepi perkongsian Eyza Liza ini. Hasilnya pasti akan buat apa tersenyum puas hati.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Campur Keledek, Ini Rahsia Resepi Tepung Gomak Pandan Jadi Lebih Sedap

APAM SUSU GEBU GEBAS

Tengok la ampa…diaa punya gebu tu memang tak boleh bincang. Dia punya naik sampai lebih pada bekas.

Ni resepinya, siapa-siapa yang nak share silakan.

BAHAN-BAHAN A :

  • 4 biji telur (Suhu bilik)
  • 1 sudu besar ovalette (suhu bilik)
  • 3 sudu besar susu pekat manis (suhu bilik)
  • 1 sudu kecil Asen Vanilla
  • 1 cawan gula

*semua bahan kat atas putar sampai kembang dan putih (ringan)
*jika tiada mixer, gunakan blender pun boleh

BAHAN-BAHAN B :

  • 2 cawan Tepung gandum

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Apabila adunan A sudah siap diputar, masukkan pula dua cawan tepung gandum. Gunakan kaedah kaup balik dan gaul sebati.

2. Selepas itu, asingkan ke dalam beberapa bekas dan letakkan warna yang disukai.

3. Jangan lupa sapukan acuan dengan mentega dahulu supaya adunan senang dikeluarkan.

4. Kukus selama 30 minit dengan api yang kuat. Pastikan air mendidih terlebih dahulu dan baru masukkan adunan.

TIPS EKSTRA :

1. Untuk mengelakkan apam bantat, pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain dahulu kerana jika air menitik, apam akan menjadi bantat dan permukaannya tidak cantik.

2. Pastikan putar atau blender adunan selama mungkin dalam 15 hingga 20 minit kerana apam susu, lagi lama diputar, semakin gebu hasilnya.

Sumber/Foto :  Eyza Liza

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles