Wanita Selalu Lupa Dengan 3 Perkara

Apabila berbicara mengenai aurat. Para wanita selalu lupa dengan 3 perkara dan ada kalanya mereka mengambil mudah.

Aurat itu adalah angggota badan yang tidak boleh dinampakkan dan diperlihatkan oleh lelaki atau perempuan kepada orang lain. Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (31/44).

Wanita Muslimah diwajibkan untuk menutup aurat mereka sepertimana yang telah disepakati oleh para ulama’ berdasarkan dalil-dalil daripada al-Qur’an dan as-Sunnah.

Bermula aurat perempuan di hadapan lelaki yang aj-nabi ialah sekelian badan melainkan muka dan dua pergelangan tangan.

Oleh itu apabila kaum perempuan keluar dari rumah dengan memakai pakaian yang mendedahkan aurat maka dia telah melakukan satu perbuatan mak-siat kerana ha-ram dengan ijmak ulamak perempuan mende-dahkan aurat di hadapan lelaki aj-nabi.

Telah diriwayatkan daripada Aisyah r.a. katanya :

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Artinya : “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar r.a. telah masuk kepada Rasulullah saw dalam keadaan memakai pakaian yang ni-pis lalu baginda berpaling daripadanya dan bersabda : Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah ba-ligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan bahawa 3 perkara yang wanita selalu lupa ini adalah aurat yang wajib ditutup ketika keluar.

Tiga perkara itu adalah :

Berdosalah jika  memakai pakaian yang menampakkan ketiga-tiganya kerana ia adalah aurat yang ha-ram didedahkan. Ramai yang lupa dan ada juga yang ambil mudah.

VIDEO

Kami kongsikan sedutan kuliah oleh Ustazah Asma Harun ini sebagai peringatan.

BOLEH TONTON DISINI >>> Ustazah Asma Harun – Tak Tutup Aurat Keluar Rumah Setiap Saat Kumpul Dosa

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles