Kemuliaan Dan 9 Nama Malam Nisfu Sya’ban

[Kemuliaan malam Nisfu Syaa`ban]

إن لربكم فى أيام دهركم لنفحات ألا فتعرضوا لها لعل أحدكم أن تدركه نفحة فلا يشقى بعدها أبداً

(( Sesungguhnya bagi Allah terdapat hari-hari yang Allah limpahkan anugerahnya, maka rebutlah ia , mudah-mudahan jika seseorang kalian memperolehi nafhat tersebut, nescaya tidak akan menjadi manusia celaka selama-lamanya ))

Ini galakan dari baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  untuk meraih rahmat Allah سبحانه و تعالى‎  khususnya pada hari-hari tertentu yang dilimpahkan rahmatNya .Kemuliaan malam ini sahaja boleh dilihat pada nama-namanya, antaranya:

SEMBILAN NAMA MALAM NISFU SYA’BAN

1. Laylah Mubarakah (Makam Keberkahan)

Maksudnya malam ini memiliki keberkahan tersendiri. Kerana di malam ini malaikat turun menyertai manusia.

2. Laylah al-Qismah (Makam Membahagian),

Ertinya bahwa di malam ini semua rezeki dan takdir ditentukan dan dibahagikan kepada setiap makhluk-Nya. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa pada malam nisfu sya’ban ini baik rezeki, jodoh, mahupun pernikahan.

3. Laylah At-Takfir (Malam Penghapusan Dosā)

Ertinya bahawa di malam ini dosā manusia selama satu tahun akan diampuni Allah Ta’ala sebab kebaikan yang dilakukan oleh hamba-Nya di malam ini.

4. Laylah Al-Ijabah (Malam Termabulnya Doa)

Dalam sebuah riwayat dari Ibnu Umar رضي الله عنه  bahawa, ada lima malam dimana doa-doa yang dipanjātkan akan dikabulkan;

malam Jumat, malam pertama bulan Rejab, malam nisfu sya’ban, malam lailatul qadar dan malam dua hari raya; aidil fitri dan aidil adha.

5. Laylah Al-Hayat Wa ‘iedul malaikat (Malam Kehidupan Dan Hari Raya Malaikat)

Sebagaimana hari raya bagi umat Islam, malaikat juga memiliki dua hari raya yakni malam lailatul qadar dan malam nisfu sya’ban

6. Laylah As-Syafaah (Malam Syafaat),

Abu Hakim an-naisaburi menamakan malam nisfu sya’ban adalah malam diberikannya syafaat kepada umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

7. Laylah Al-Baraah wa laylah As-Shakki (Malam Pembebasan)

Dinamakan dengan malam kebersihan kerana di malam ini orang-orang mukmin dicatat kesuciannya.

8. Laylah al-Jaizah (Malam Hadiah)

Imam Taqiyuddin as-Subki menamakan malam nisfu Sya’ban sebagai malam yang dihadiahkan kepada orang-orang mukmin.

9. Laylah al-Ghufran wal itqi minan niran (Malam Keampunan dan Pembebasan Dari Api Nerakā),

Di malam ini orang-orang beriman akan mendapatkan ampunan dan pembebasan dari api nerakā

.

JANGAN LUPA SOLAT TASBIH

Solat tasbih, hanya peringatan buat diri
Kali terakhir, bilakah kita solat tasbih?
Apa Kelebihannya ?

Allah سبحانه و تعالى‎  ampunkan dosā kita awal dan akhir, dosā yang lama dan baharu, dosā sengaja dan tidak sengaja, kecil dan besar, tersembunyi mahupun terang terangan. (10 keadaan dosā kita diampunkan) – lihat hadis riwayat Ibnu Abbas

Kata Imam As-Suyuthi dalam kitabnya الفرج , kata Imam Abu Uthman Az-Zahid: Solat tasbih menghilangkan kesusāhan dan kegelīsāhan

  • Imam Az-Zahabi berkata kepada Syeikh Ibnu Qudamah al-Maqdisi: “Ulama yang beramal, Auliya yang bertaqwa. Mereka lakukan solat tasbih pada setiap malam Jumaat
  • Kata Imam Ar-Ruwiyani: Disunatkan melaziminya setiap masa, jangan tinggāl
  • Kata Imam Tajuddin As-Subki pula

“Sesiapa yang mendengar besar pahala tentangnya, namun masih lalaī nak buat , melainkan orang ini bermudāh-mudahān dengan urusan agama dan tidak bersungguh dengan amal Soleh , bahkan tidak dikira oleh yang kuat azamnya terhadap sesuatu

Terpāku kalam ini

نسأل الله السلامة

Kerana itu baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  pesan:

  • Jika boleh buat setiap hari, buatlah
  • Jika tidak mampu setiap Jumaat sekali,
  • Jika tidak mampu sebulan sekali,
  • Jika tidak mampu juga, setahun sekali
  • Jika tidak mampu juga, seumur hidup sekali.

Ya Rabb, permudahkanlah

والله تعالى اعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk info-info menarik

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles