Doa Memohon Supaya Tidak Mati Dalam Keadaan Mengejut

Kēmatīan merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Ini kerana, Allah سبحانه و تعالى‎ telah menyatakannya di dalam al-Quran secara jelas bahawa kēmatīan itu akan datang kepada manusia dan ia tidak akan cepat atau lambat sesaat pun:

Firman Allah سبحانه و تعالى‎ :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Al-A’raf: 34)

Syeikh al-Zuhaili ketika menafsirkan ayat ini mengatakan setiap umat daripada umat-umat yang ada dan begitu juga setiap generasi daripada generasi-generasi yang ada mempunyai ketetapan umur yang tertentu sebagaimana yang ada di dalam ilmu Allah سبحانه و تعالى‎.

Apabila ketetapan umur tersebut telah sampai ke penghujungnya, maka akan terpūtūslah kehidupannya dan dia akan mula berpīsah dengan dunīa tanpa cepat atau lambat walau sesaat pun. [Lihat: Tafsir al-Wasit, 5/267]

Terdapat hadith yang marfu’ daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bahawa di antara tanda-tanda Kīamāt adalah akan banyak berlaku kemātīan secara mengējut atau mēndadak.

Daripada Anas bin Malik رحمه الله, bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

إِنَّ مِنْ أَمَارَاتِ السَّاعَةِ … وَأَنْ يَظْهَرَ مَوْتُ الْفَجْأَةِ

Maksudnya: “Sesungguhnya di antara tanda Kīamāt … akan banyak berlakunya kēmatīan secara mengējut.”

[Menurut Imam al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid hadith ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabarani di dalam al-Saghir dan al-Awsath daripada gurunya Haitham bin Khalid al-Missisi dan dia adalah seorang yang dhaif. Imam al-Sakhawi mengatakan walaupun sanad ini dhaif tetapi ia menguatkan antara satu sama lain.]

DOA MEMOHON SUPAYA TIDAK MATĪ MENGEJUT

Dikongsikan satu doa yang dipesan untuk diamalkan oleh Allahyarham Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus agar kita tidak matī mengējut kerana kita kini berada di zaman yang tidak menentu.

Berapa ramai saudara-saudara kita, sahabat-sahabat kita, semalam kita masih dapat berborak dengan mereka. Sedar-sedar pagi ni mendapat perkhabaran takzīah bahawa beliau telah berpindah ke alam barzākh.

Kaifiyatnya boleh diselitkan di dalam doa setiap kali selepas solat fardhu

Oleh itu dicadangan untuk kita amalkan membaca doa ini setiap hari, insyaAllah

Imam al-Khatib al-Baghdadi ada menukilkan satu kata-kata yang pernah diucapkan oleh Abu Abdullah Ahmad bin Ayyub:

‎اغْتَنِمْ فِي الْفَرَاغِ فَضْلَ رُكُوعٍ … فَعَسَى أَنْ يَكُونَ مَوْتُكَ بَغْتَةْ
‎كَمْ صَحِيحٌ رَأَيْتُ مِنَ غَيْرِ سُقْمٍ … ذَهَبَتْ نَفْسُهُ الصَّحِيحَةُ فَلْتَةْ

Maksudnya: “Peliharalah keutamaan ruku’mu pada waktu lapang, disebabkan kēmatīan boleh datang kepada kamu secara tiba-tiba, betapa ramai orang yang sihat dan tidak sakīt, dirinya boleh pergi dalam keadaan yang sihat secara tiba-tiba.” [Lihat: Iqtidha’ al-‘Ilm al-‘Amal, 106]

Maka, menjadi kewajipan ke atas kita untuk sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk bertemu dengan Allah سبحانه و تعالى‎ dengan cara meningkatkan serta mempersiapkan sebanyak-banyaknya amal soleh. Akhirnya, semoga Allah سبحانه و تعالى‎ mengakhīrkan hidup kita dengan pengakhīran yang baik. Amin.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Pejabat Mufti Wilayah, Akmal Puteh
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles