Roti Butut Bakar, Sajian Sarapan Orang Kampung Yang Melting Sangat

Resepi Roti Butut Bakar perkongsian Puan Afy Al Habibi atau lebih mesra dipanggil ‘cikgu’ sangat nostalgia kerana roti butut bakar ini merupakan sajian yang kian dilupakan oleh generasi hari ini.

Menurutnya lagi, resipi roti butut bakar seperti ini merupakan makanan orang lama termasuklah arwah ‘mok’ dan moyang beliau. Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

Cikgu suka minum dengan teh o panas kuranggg manis. Syok betul gabungan bersama nih.

RESEPI ROTI BUTUT BAKAR MOK ‘RARE’

Cikgu kongsi resepi dari kampung ini yang pertama ya. Sebab ramai betul terpana dengan cerita yang cikgu tulis masa balik kampung sebelumnya ini.

Tiada apa yang lebih istimewa melainkan menghargai sajian tradisi yang kian dilupai.

Cikgu berusaha memanjangkan resepi sebegini untuk mengagung kembali budaya makanan orang lama meskipun banyak variasi yang muncul selepasnya.

Semoga keunikan citarasa selera Mok dan nenek moyang cikgu dari Kelantan terus diminati selamanya. Selamat mencuba

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Guna satu plastik tu. Nama sebelah luarnya roti benggali. Kalau guna yang segi empat tu rasanya kurang kick.

Betul. Cikgu dah cuba. Okeh potong saiznya setebal satu jari dengan pisau pemotong roti ya. Baru cantik.

2. Seterusnya inilah rahsia bahan-bahan yang menaikkan rasa roti bakar tersebut. Wajib guna marjerin jenama nih Mok pesan. Kalau guna yang lain atau butter rasa klasiknya takkan timbul. Marjerin Seri Pelangi boleh buat roti kita bau wangi berganda.

Dulu harganya murah sikit dari yang lain. Sekarang dah naik. Tengok Mok simpan dalam bekas tu je. Jangan dikemas buang. Siaplah kena bebel. Sapu marjerin tu kat kedua belah roti ya.

Kemudian pecahkan telur dua biji. Tak perlu campur garam sebab marjerin tadi dah ada rasa masin.

3. Haa Mok sapu-sapu juga marjerin atas pan begini. Barulah roti dibakar garing cantik. Extra berlemak gituh. Habislah diet cikgu. Padahal tak fikir dah pun.

4. Mok kata; ‘Kalu celup pelung so roti gitu parok telur. Tepek-tepek dengan garpu ginih baru jimat.’ Haa faham ke? Buat kedua belah ya.

Ingat tu Mok cikgu pesan. Kalau cikgu sendiri buat memang celup-celup. Tak cukup dua biji telur untuk seketul besar roti butut tu. Baik ikut cara Mok cikgu ni. Sederhana dalam semua perkara kan bagus.

5. Barulah dibakar atas pan tadi menggunakan api kecil sahaja. Balikkan kedua belah. Tunggu sampai garing. Ulang langkah yang sama untuk masak kesemua kepingan roti tadi.

6. Siap semua bolehlah disusun dalam dulang ke pinggan.

7. Haa ini je pilihan sapuan yang ada. Kalau nak letak kaya ke jem terpulang. Tapi percaya kata cikgu, letak susu paling sedap!

8. Aduhai. Melting rasanya. Makan panas-panas dengan kesayangan. Syok betul.

Sumber/Foto :  Afy Al Habibi Via Myresipi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles