Benarkah Isteri Merajuk Itu Har4m Dan Derhak4?

BENARKAH ISTERI MERAJUK ITU HAR4M DAN DERH4KA

Saya ada baca FB seorang penasyid yang saya minat suara dan lagu-lagunya mengatakan isteri merajuk itu berdos4 dan derh4ka. Derh4ka dalam fekah disebut nusyuz. Sebenarnya merajuk ada tiga jenis.

MERAJUK YANG HARUS

Pendam rasa hati, muka sedih dan kecewa dan kata-kata lembut emotional. Ini adalah fitrah manusia . Allah swt berfirman:

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّكَ يَضِيقُ صَدْرُكَ بِمَا يَقُولُونَ

Dan sesungguhnya kami mengetahui sesungguhnya engkau berasa sempit dadamu (sakit hati) kerana apa yg mereka ucapkan . 97 : Al-Hijr

Nabi saw pun ada rasa disakiti hatinya apatah lagi sang isteri manusia biasa.

Kadang-kadang dengan merajuk sebegini suami baru perasan suami telah menyakiti isteri.

MERAJUK YANG DOSA TAPI TAK NUSYUZ

Katakata yang menyakiti suami seperti herdik, meninggi suara, hempas pintu dan seumpanya. (Rujuk nas kitab dibawah)

MERAJUK YANG HARAM DAN NUSYUZ (DERHAKA)

Enggan bersama tanpa sebab yang dibenarkan dan keluar tanpa izin suami .

وقال الخطيب الشربيني في “مغنى المحتاج” (3/ 259 ط/ دار الفكر): [وَالنُّشُوزُ هُوَ الْخُرُوجُ مِنْ الْمَنْزِلِ بِغَيْرِ إذْنِ الزَّوْجِ لا إلَى الْقَاضِي لِطَلَبِ الْحَقِّ مِنْهُ، وَلا إلَى اكْتِسَابِهَا النَّفَقَةَ إذَا أَعْسَرَ بِهَا الزَّوْجُ، وَلا إلَى اسْتِفْتَاءٍ إذَا لَمْ يَكُنْ زَوْجُهَا فَقِيهًا وَلَمْ يَسْتَفْتِ لَهَا، وَكَمَنْعِهَا الزَّوْجَ مِنْ الاسْتِمْتَاعِ وَلَوْ غَيْرَ الْجِمَاعِلا مَنْعِهَا لَهُ مِنْهُ تَدَلُّلا، وَلا الشَّتْمُ لَهُ، وَلا الإِيذَاءُ لَهُبِاللِّسَانِ أَوْ غَيْرِهِ بَلْ تَأْثَمُ بِهِ،

Imam Khatib asSyarbini menyebut dlm kitab Mughnil Muhtaj:

Derhak4 Isteri Adalah 😕

1. Keluar rumah tanpa izin kecuali 3 sebab

  •  jumpa Qadi untuk minta hak dari suaminya
  •  berkerja bila suami tak mampu
  •  jumpa mufti untuk tanya hukum.

2. Isteri tidak mahu permintaam suami untuk bercummbu walaupun tak sampai tahap jim4k. Kalau menolak kerana bermanj4-manj4 takpa.

Tidak dikira nusyuz (derhak4) apabila isteri maki hamun, atau menyakiti dengan lidah atau sebagainya walaupun ianya berdosa.

Bila disebut derhak4 ianya sudah menjadi dosa besar dan gugur nafkah dari suami. Maka bukanlah semua mer4juk itu dilarang. Malahan setengahnya baik untuk menyedari suami.

Berikut ada posting asal milik FB seorang penasyid tersebut yang VIRAL dalam kalangan Netizen :

Sumber : PU Salman

Related articles