Zikir Yang Membebaskan Diri Daripada Api Neraka

Yang dimaksudkan dengan zikir pagi hari iaitulah zikir yang dibaca selepas solat Subuh sehinggalah sebelum terbitnya matahari. Manakala zikir petang pula adalah zikir yang dibaca selepas solat ‘Asar sehinggalah sebelum tenggelam matahari. Dalam masa yang sama sekiranya seseorang terlepas dari membaca zikir-zikir ini dalam waktu yang ditetapkan disebabkan halangan, maka tidak mengapa jika dibaca luar dari waktunya.

Antara doa-doa tersebut ialah

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

Maksudnya “Barangsiapa ketika waktu pagi dan petang hari membaca doa ini

Ya Allah,sesungguhnya aku berada di pagi (petang) ini bersaksi atas-Mu, dan kepada para pembawa Arsy-Mu, kepada semua malaikat, dan kepada semua mahkluk-Mu, bahwa Engkau adalah Allah yang tidak ada Tuhan selain Engkau semata, tidak ada sekutu bagi-Mu. Dan Muhammad adalah hambā dan Rasul-Mu.

maka Allah akan membebaskan seperempat tubuhnya dari nerākā, dan barangsiapa mengucapkannya sebanyak dua kali maka Allah akan membebaskan separuh tubuhnya dari nerākā, dan barang siapa yang mengucapkannya sebanyak tiga kali maka Allah akan membebaskan tiga perempat tubuhnya dari nerākā, dan barangsiapa membacanya sebanyak empat kali maka Allah akan membebaskan semua anggota badannya dari nerākā”.

Bagi mereka yang mengetahui apa itu neraka, mereka yang pernah dengar apa itu azāb āpi neraka dan mereka yang menyakini dia akan pergi ke negeri akhirat maka dia tidak akan memejam mata, mengabaikan amalan-amalan seperti ini kerana umum mengetahui azāb āpi nerākā Allah سبحانه و تعالى‎ ini satu āzab dimana tidak ada sesiapa pun yang boleh tanggung.

Maka, lazimilah zikir ini 4 kali pada waktu pagi, dan 4 kali pada waktu petang. Semoga Allah menyelamatkan kita daripada āpi nerākā.

Pada waktu petang, ditukar أصبحت kepada أمسيت… dibaca اللهم إني أمسيت … hingga ke akhirnya.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles