Zikir Yang Diajarkan Oleh Rasulullah SAW Yang Mampu Memberi Kekuatan Dalam Menangani Rasa Takut Terhadap Rasa Miskin.

USAH GUNDAH JIKA DIUJI DENGAN KEMISKINAN

ALLAH سبحانه و تعالى menjadikan hamba-NYA sama ada kaya atau miskin sebagai satu bentuk ujian dalam kehidupan.

Firman ALLAH سبحانه و تعالى di dalam surah al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:

“Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan DIA Maha Perkasa, Maha Pengampun.” 

“Ujian itu, lain orang, maka lainlah bentuknya. Ada orang, ALLAH سبحانه و تعالى  uji dengan kemiskinan, tetapi kelebihannya di tempat yang lain. Ada orang ALLAH سبحانه و تعالى jadikannya kaya, tetapi ada kekurangan di tempat lain.

“Jika dalam kalangan hamba-NYA diuji dengan kemiskinan, ALLAH سبحانه و تعالى  sebenarnya mengujinya bagaimana dia bersabar dan memperbaiki keadaan hidupnya untuk menjadi orang yang lebih baik. Sebaliknya, orang yang kaya pula, ALLAHسبحانه و تعالى  hendak uji bagaimana cara dia bersyukur? Apakah dia mensyukuri atau dia ku(fur) nikmat?

“ALLAH سبحانه و تعالى sebenarnya adil kepada hamba-hamba-NYA. Bahkan, DIA tidak zalim kepada hamba-hamba-NYA

SYAI(TAN) MENAKUT-NAKUTKAN MANUSIA DENGAN KEMISKINAN

Firman ALLAH سبحانه و تعالى di dalam surah al-Baqarah ayat 268 yang bermaksud :

” Syai(tan) itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang ke’ji (bersifat bak’hil kede’kut); sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmat-NYA, lagi sentiasa Meliputi Pengetahuan-NYA.”

ZIKIR YANG DIAJARKAN RASULULLAH MENANGANI RASA TA(KUT ) TERHADAP RASA MISKIN

Ada satu zikir yang diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mampu memberi kekuatan dalam menangani rasa ta(kut) terhadap rasa miskin.

Lafaznya :

لا إله إلا الله الملك الحق المبين

(La ilaha illAllah al-Malik al-Haqq al-Mubin)

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Segala yang ada dalam kerajaanNya, Dia Tuhan yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :

“Barangsiapa membaca (La ilaha illAllah al-Malik al-Haqq al-Mubin) seratus kali (100 kali) dalam sehari maka dia akan memperoleh jaminan rasa aman dari kemis’kinan, diselamatkan daripada kedahsyatan ku(bur), dan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga.”

Hadis Riwayat Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359

Di dalam kitab Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in karya Al-Imam Abu Bakar bin Sayyid Muhammad Syatho ad-Dimyathi menjelaskan :

“Tersebut dalam banyak hadits sahih akan sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم memerintahkan sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini dengan niat diperluaskan rezeki.

Sebahagian para ‘Arifin mengatakan, amalan ini ternyata mujarab dalam mendapatkan rezeki sama ada berbentuk zahir mahupun batin. Amalan yang dimaksud ialah bacaan (La ilaha illAllah al-Malik al-Haqq al-Mubin) setiap hari 100 kali.”

Teringat pesanan Guru saya tentang hal bekerja, “Gerakkan tubuhmu untuk bekerja mencari yang halal dan pastikan hatimu pada sebelum, ketika dan setelah itu, sentiasa berinteraksi serta bergantung harap kepadaNya. Dengan demikian kedua²nya akan berada dalam keadaan beribadah.”

Sama-sama kita usahakan.

Semoga Allah سبحانه و تعالى berkati setiap gerak tindak tubuh kita, dan semoga setiap rezeki yang dikurniakan buat kita menjadi asbab semakin bertambah-tambah amalan. Amin.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Ibn L-Abidin

Related articles