Wanita Ini Kongsi Resipi Kuah Kacang Arwah Mak, Kawan Semua Puji Sedap Siap Pujuk Jual!

Kuah kacang antara hidangan wajib yang kebiasaanya ada di pagi hari lebaran. Hidangan ini kebiasaanya dimakan bersama ketupat, nasi himpit, satay dan sebagainya. Jika anda ingin membuat kuah kacang yang sedap dan enak anda perlu tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.

Anda sendiri boleh cuba resepi kuah kacang perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibu. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang.

RESEPI KUAH KACANG SEDAP ARWAH MAK

Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kg kacang tanah (goreng)
  • 800 gm gula
  • 2 setengah sudu garam
  • 3 biji bawang besar (di kisar)
  • 4 ulas bawang putih (di kisar)
  • Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
  • 4 batang serai (ditumbuk)
  • Seinci lengkuas (ditumbuk)
  • Minyak masak
  • Air
  • Udang kering ditumbuk kasar (ikut selera)
  • Rm3 cili kering (kalau rasa nak lebih pedas boleh tambh cili)

CARA-CARANYA :

1. Goreng kacang tanah dalam minyak. Angkat dan sejukkan kemudian kisar bersama sedikit air.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar sehingga naik bau.

ADVERTISEMENT

3. Kemudian, masukkan semua bahan iaitu kacang tanah yang telah dikisar, udang kering, serai, lengkuas, cili kisar, air asam jawa, gula, garam dan tambah air.

ADVERTISEMENT

4. Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).

5. Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.

Sedia untuk di hidangkan.

Sumber/Foto :  Ruziati Amat Sarbini

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles