Lebih 41,000 share, wanita ini kongsi 17 petua memasak berguna
Bagi mereka yang sudah lama berkecimpung di dapur pasti akan mengetahui beberapa petua yang biasa digunakan dalam masakan ataupun di dapur.
Petua-petua ini kebiasaanya telah terbukti keberkesanannya dalam memudahkan kerja-kerja memasak ataupun penyajian makanan.
ADVERTISEMENT
Berikut adalah 17 petua memasak yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ayue Jalal yang merupakan seorang tukang masak berpengalaman yang boleh anda gunakan.
Mari ikuti perkongisan di bawah ini
TIPS MyKITCHEN
1. Nak Kupas Bawang Merah Untuk Elak Pedih Mata
- Rendam bawang dalam air garam 5-10 min lepas tu dah boleh membawang tanpa rasa sedih
2. Nak Elak Ikan Goreng Melekat Kat Kuali
- Panaskan minyak goreng 2,3 keping asam keping then baru goreng ikan like a boss tak payah pakai helmet sebab minyak juga takkan terpercik
3. Nak Sambal Merah Sedap Cantik
- Masak lada lama + gunakan gula merah
4. Nak Buat Rendang
- Gunakan bawang kecil dari bawang besar, sebab bawang besar boleh buat makanan cepat basi
5. Apa Nak Buat Jika Masakan Terlebih Masin?
- Kalau masak tapi masakan tu terlalu masin sebab terlebih garam, cara nak kurang kan rasa masin tu letak lah kentang sampai masak, rasa akan kurang masin nya.. tak caya cuba lah
6. Cara Simpan Tomato
- Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat busuk/lembik, simpan dalam bekas bertutup jangan basuh tomato tu tau…nak masak br basuh
7. Daging Nak Cepat Empuk
- Rebus sekali sudu kecil dalam rebusan, bukan sudu plastik.. gila kau
8. Cara Merangupkan Timun Untuk Buat Jelatah Timun
- Potong siap-siap timun tu, rendam dalam air kapur sirih, lepas tu bilas…kesan nya timun rangup walaupun berejam simpan, selalu mak buat sebab menu nasi minyak ada jelatah timun
9. Nak Elak Nasi Cepat Basi
- Cuci beras bersih-bersih, masak masak nasi letak 2,3 cubit garam… nasi boleh tahan lama, satu lagi nak elak nasi mentah renjis kan air garam atas nasi tu, balik-balik kan nasi tu dan tutup sampak berwap
10. Nak Simpan Taugeh Untuk Kekalkan Segar
- Rendam dalam air garam simpan dlm pt ais
11. Nak Kopek Telur Selepas Direbus
- Lepas rebus sejuk kan dulu telur, rendam dalam ais batu, nak buka kulit telur boleh pakai gigi je, semudah abc..
12. Nak Dapatkan Ayam Goreng Yang Sedap
- Tumbuk lumat 2,3 ulas bawang putih untuk setengah ekor ayam, lumur garam dan kunyit… masak sampai garing, ayam goreng lebih sedap/garing
13. Nak Merangupkan Ayam Goreng
- Hendak lah mengoreng ayam dengan perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, melompat lah sekejap kemudian masukkan ayam
14. Nak Nasi Lemak Cepat Masak
- Masukkan sebatang garpu atau sudu ke dalam periuk nasi yang bakal di masak. Biarkan di dalam beras sehingga nasi masak. InsyaAllah nasi lemak cepat dimasak.
15. Nak Simpan Tahu Supaya Tahan Lama
- Rendam tahu dalam air panas sampai dah sejuk, lepas tu baru boleh simpan dalam peti ais, simpan berhari-hari masih elok lagi tahu tu… so anda pun baru tahu hari ini
16. Nak Pekatkan Sup Terlebih Air
- Kadang-kadang terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. kureng lah..nak memekatkan sup mak masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek… sup lebih sedap/pekat tau
17. Nak Mata Pisau Blender Kekal tajam
- Kisarkan garam biasa di dalam blender sehingga beberapa minit. buat setiap bulan. mata pisau blender akan kekal tajam, tak yah beli baru ye
Semoga bermanfaat!
ADVERTISEMENT
Sumber/Foto : Ayue Jalal
ADVERTISEMENT