Walau Pun Sekadar Mengambil Upah Potong Rumput, Namun Sanggup Berkorban Membela 30 Ekor Kucing Jalanan

Barangkali perkongsian ini hanya cebisan kisah masyarakat, namun disebalik sebisan itu lah yang membawa makna dan pelajaran berharga yang boleh kita ambil bersama. Kisah ini menunjukkan betapa pentingnya kaya jiwa berbanding kaya harta. Biarpun seseorang itu hidup dalam serba kekurangān, namun sifat kaya jiwa, kebaikan dan sifat murni yang dimiliki oleh seorang lelaki dalam memberi makan kepada kucing jalanan seharusnya diberikan pujian.

Menerusi perkongsian oleh Facebook Jah Awg Kenit, lelaki berkenaan bekerja dengan mengambil upah memotong rumput dengan berjalan kaki menghampiri mereka untuk meminta pertolongan kerana tidak dapat masuk ke sebuah pasaraya untuk membeli stok makanan kucing. Ini disebabkan kerana dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk mengimbas kod MySejahtera.

Atas asbab kebaikan lelaki itu selama ini dalam memberi makanan kepada kucing jalanan sebanyak 30 ekor, dia ditawarkan bantuan untuk mengambil stok makanan secara percuma di situ tanpa perlu membelinya lagi selepas ini.

ADVERTISEMENT

Jalan kaki ambik upah potong rumput dari satu taman ke satu taman.. Lalu depan pasar kami, dia tunjukkan plastik kecil makanan kucing..

” Dia cakap dia tak dapat masuk pasaraya belikan stok baru makanan kucingnya yang berjumlah 30 ekor keseluruhannya disebabkan dia tak ada handphone.. Dia tak boleh scan MySejahtera”.

Ɗia tunjuk plastik contoh makanan kucing yang dia perlukan

Takpe.. saya bagitau dia, mulai esok stok makanan kucing ambil je kat sini.

Secara tak langsung Darul Jariyah beri dia tugasan tetap bagi makan juga sediakan air minuman pada kucing-kucing gelandangan..

ADVERTISEMENT
Ada sedikit makanan kucing kt pasar,.takpe.. Harini kita terus simpan stok banyak khas untuk dia agihkan.

Terus berdoa panjang dia. Rezeki dia dapat berkhidmat dengan binatang kesayangan Nabi صلى الله عليه kita. Aku pun tak mampu buat macam apa yang dia buat sekarang ni… ianya sebuah tanggungjawab yang sangat-sangat besar. – Jah Awang Kenit

Sebagai penutup teringat satu ungkapan indah yang pernah dikongsikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :

ADVERTISEMENT

Aku bertanya kepada guruku, “mengapa aku lihat ada orang mīskin yang lebih pemurah daripada orang yang kaya?”

Guru ku menjawab, ” … kerana keupayaan memberi itu ditentukan oleh kualiti jiwa bukan kualiti harta.”

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di olah oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit :  Jah Awang Kenit via Siakap Keli

ADVERTISEMENT

Related articles