Waktu Yang Sangat Sesuai, Sangat Berkesan Untuk Nasihat Anak Dengan Izin Allah

Rupanya ibu ayah untuk mendidik anak-anak kita ini, ada waktu yang sangat sesuai, sangat berkesan dengan izin Allah سبحانه و تعالى

PERTAMA : SEBELUM ANAK TIDUR

Sebelum anak-anak tidur bacakan kepadanya

  • Surah Al – Fatihah (1 kali)
  • Ayat Kursi (1 kali)
  • Surah Al – Insyirah (1 Kali)

Surah Al-Fatiah merupakan ibu segala surah, ayah kursi sebagai pendinding untuk gāngguan-gāngguan yang mengaggu anak-anak kita dan Nabi صلى الله عليه وسلم pun menggalakkan kita untuk membacanya. Dan kemudian surah Al-Insyirah kemudian hembus ke ubun-ubun anak kita.

kemudian

KEDUA : NASIHAT 30 SAAT

kamu anak yang soleh, anak yang solehah, kamu budak pandai.. ye, nasihat selama 30 saaat kemudian tidur.

Nasihat yang anak terima sebelum tidur akan diulang-ulang oleh otaknya sepanjang tidur.

Jadi mengikut kajian psikologi dan sunnah maka sebelum tidur merupakan waktu yang sangat penting untuk nasihatkan anak-anak

Ibu ayah boleh cuba amalkan, mudah-mudahan anak-anak kita menjadi hāmba-Nya yang bertaqwa dan anak-anak yang soleh.. InsyaAllah

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles