Waktu & Cara Memotong Kuku Mengikut Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم

Memotong kuku adalah salah satu daripada perkara fitrah yang dianjurkan oleh Islam. Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ: الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: “Lima perkara daripada fitrah ialah berkhitan, mencu(kur) bulu ari-ari, mencabut bulu keti(a)k, memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

ADVERTISEMENT

SEMINGGU SEKALI SEBAIK-BAIKNYA HARI JUMAAT

Secara khususnya, tidak ada nas hadith sahih yang khas menyebut berkenaan dengan memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihan-kelebihannya yang khusus.

Adapun berkenaan hadith-hadith yang menetapkan hari-hari tertentu dan kelebihan-kelebihan yang diperolehi sekiranya memotong pada hari tersebut, ia sebenarnya adalah tidak sahih. Imam al-Sakhawi menjelaskan:

“Tidak ada satu pun hadis yang sahih daripada Nabi صلى الله عليه وسلم yang menerangkan tentang tatacara dan penetapan hari-hari tertentu untuk memotong kuku.” (Lihat al-Maqasid al-Hasanah, hlm. 489)

ADVERTISEMENT

Walaupun begitu, terdapat beberapa riwayat daripada para sahabat dan tabi’in yang menunjukkan mereka memiliki kebiasaan memot(o)ng kuku pada hari Jumaat. Antaranya:

  • Ibnu Umar رضي الله عنه biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244)
  • Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
  • Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)

Berdasarkan riwayat-riwayat di atas, para ulama fiqh dari kalangan Syafi’iyyah dan Hanabilah, menyebut galakan dan anjuran memotong kuku pada setiap hari Jumaat. Imam Nawawi berkata: “Al-Syafi’e dan ashabnya dengan tegas (secara nas) menyebut anjuran memotong kuku pada hari Jumaat.” (Lihat al-Majmu’, 1/340)

ADVERTISEMENT

Oleh itu, perbuatan memotong kuku sangat digalakkan untuk dilakukan pada hari Jumaat. Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri antaranya dengan memotong kuku kerana agama Islam sentiasa mengutamakan kebersihan.

Tambahan pula hari Jumaat merupakan hari bagi kaum muslimin berkumpul di masjid untuk mendengar khutbah. Disebabkan itulah, sebahagian sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم dan sebahagian tabi’in memotong kuku mereka pada hari Jumaat. (Lihat Fath al-Bari oleh Ibn Rajab, 8/104)

Namun, sekiranya tidak sempat, seseorang boleh melakukannya pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Akan tetapi, ia hendaklah tidak dibiarkan sehingga melebihi 40 hari. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik رضي الله عنه , kata beliau:

وُقِّتَ لَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَّ الشَّارِبِ ، وَتَقْلِيمَ الأَظْفَارِ ، وَحَلْقَ الْعَانَةِ ، وَنَتْفَ الْإِبْطِ ، لاَ يُتْرَكُ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا

Maksudnya: “Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, dan mencu(kur) bulu kema(luan), agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.” [Riwayat Muslim (520), al-Tirmizi (2759) dan al-Nasa’ie (15)]

Imam al-Nawawi menyebut bahawa hadis ini memberi penjelasan berkenaan para sahabat tidak pernah melewatkan untuk melakukan perkara-perkara ini apabila sampai masanya, dan kalaupun melewatkannya, tidak pernah sampai melebihi 40 hari. Ia juga bukan dengan maksud Nabi memberi keizinan untuk melewatkan sehingga 40 hari secara mutlak. (Lihat al-Majmu’, 1/287)

CARA MEMOTONG KUKU MENGIKUT SUNNAH NABI صلى الله عليه وسلم

Setiap kebaikan yang ingin kita lakukan, pertama niatkan utk dapatkan keredhaan Allah dan yang kedua niatkan untuk mengikut sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم

Jom sama-sama kita hidupkan amalan sunnah di penghulu segala hari ini.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber/Video : Pejabat Mufti Wilayah & Irniwati Zakaria

ADVERTISEMENT

Related articles