Alhamdulillah, Segala pujian bagi Allah سبحانه و تعالى yang mengurniakan rezeki kepada semua makhluk-Nya .
MENUMPANG REZEKI
Hakikatnya terkadang seorang suami menumpang rezeki si isteri dan anak-anak, terkadang juga kita sebagai ibu bapa hanya menumpang rezeki anak-anak, dan boleh jadi si isteri juga menumpang rezeki si suami dan anak-anak. Mereka menjadi asbab untuk Allah سبحانه و تعالى memberikan rezekiNya kepada kita.
Jika ikutkan dōsa yang banyak yang kita telah lakukan, mungkin rezeki kita terhalang
Perkara ini dijelaskan oleh baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersabda :
إن العبدَ ليُحرَمُ الرِّزقَ بالذنب يصيبه
Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang rezekinya disebabkan dōsa yang menīmpa keatasnya dirinya (iaitu dōsa dan kezalīmān yang dilakukannya) – Hadis Riwayat Imam Ahmad
Tapi bagi sang suami, isteri dan anak-anak lah antara asbab kita boleh menumpang berteduh di rumah yang selesa. Makanan mencukupi.
HANYA SEKADAR PERANTARA
Ada seorang suami yang sebelum menikah tidak pūnya apa-apa. Selepas menikah, tiba-tiba rezekinya berlimpah ruah. Dia lalu menjadi angkūh kepada isterinya yang hanya bekerja mengurus rumah dan anak-anak.
Si suami merasa rezeki itu adalah hasil usaha dan kepandaiannya sendiri. Isteri hanya menumpāng makan daripada hasil pelūhnya sahaja.
Si suami lupa bahawa rezeki tersebut adalah pemberian Allah سبحانه و تعالى . Bolehjadi pemberian itu sebenarnya untuk isteri dan anaknya yang lēmāh. Dirinya hanya sekadar perantara sahaja. Jika bukan kerana orang-orang lēmah ini, dia mungkin akan terus dalam keadaannya seperti sebelum menikah.
Daripada Abu Darda رضي الله عنه: Aku mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
«فإنما تُرزقُونَ وتُنصرون بضعفائكم»
“Sesungguhnya kamu diberikan rezeki dan dibēla adalah kerana orang-orang lēmāh daripadamu.” (Abu Dawud, al-Tirmidhi dan al-Nasa’i).
Begitulah, apabila si suami menyandarkan rezeki yang diperolehinya itu adalah sebahagiannya ada milik isteri dan anaknya, dia hanyalah perantara sahaja, maka hatinya menjadi tenang, jiwanya lapang, melihat muka isteri dan anak-anak dengan penuh kasih sayang, malah Allah سبحانه و تعالى campakkan ketenangan, kebahagian di dalam rumah tangganya.
Namun, jika si suami memikirkan sebaliknya, segalanya hanya usaha dan kepandaiannya semata-mata , maka ketenangan di dalam dirinya mula hilang , jika ada masalah maka di anggapnya punya berpunca daripada isteri dan anak-anaknya, isteri dan anak hanyalah bebān, emosī si suami mula terganggu.. maka tiadalah keharmonian di dalam rumahtangga.
Begitu juga si isteri, boleh jadi si isteri juga menumpang rezeki suami dan anak-anak ..
Ambillah pedoman ini wahai yang bergelar suami dan isteri, ibu dan ayah ..
Moga Allah سبحانه و تعالى ampunkan dōsa-dōsa kita sebagai ibubapa dan terus menerus mengurniakan rezeki yang halal yang penuh keberkatan.
Alhamdulillah ‘ala kullihal
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku