Wahai Ibu, Wahai Ayah, Didiklah Anak Lelaki 5 ‘Benda’ Ini Sebelum Usia Remaja

Didik Anak lelaki #5 Benda Ini Sebelum Usia Remaja

#1 – Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya

#2 – Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya

#3 – Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri

#4 – Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan

#5 – Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya

p/s : Post ini halal untuk dikongsi dan disebarkan

Sumber : Taufiq Razif

Related articles