(VIDEO) Pandainya, Kucing Putih Gigih Buang Plastik Sampah Buat Ramai Termalu Sendiri

KUCING mungkin haiwan yang comel dan manja malah sangat sinonim dengan kehidupan manusia. Haiwan yang sangat popular dalam kalangan pecinta haiwan. Boleh di katakan jika seseorang ingin memelihara seekor haiwan peliharaan dirumah, boleh dikatakan hampir setiap mereka akan memilih untuk memelihara kucing. Namun begitu, tidak semua orang meminati kucing atas alahan, tidak suka bau kucing dan sebagainya.

Disebalik ragam sicomel ini, jika dipelihara dengan baik, diajar dan diasuh bukan sahaja sedap mata memandang, malah ia juga boleh memberi ketenangan dan keceriaan kepada pemiliknya. Malah terkadang aksi-aksi kucing ini boleh membuatkan manusia itu berpikir seperti baru-baru ini tular satu video mengenai seekor kucing yang agak aneh hingga boleh membuatkan manusia berasa malu.

ADVERTISEMENT

Baru-baru ini tular satu video yang dikongsikan oleh @_shyknznmm yang memaparkan seekor kucing berwarna putih dengan pandainya menggonggong (menggigit) sebuah beg plastik yang percayai sampah dengan mulutnya untuk dibuang.

Terkedek-kedek bawak sampah .. tulisan ciapan @_shyknznmm

Wah! Wah!… bukan main pandai lagi awak ye kucing, kalah sesetengah manusia yang suka buang sampah merata-rata.

Pemiliknya boleh la balas ‘jasa’ kucing ini dengan memberikannya makanan yang istimewa yang sedap-sedap atas sikap kerajinannya.

VIDEO ASAL

Tonton disini >> https://www.tiktok.com/@_shyknznmm/video/7052717159402720538

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing itu yang bersungguh-sungguh membawa beg sampah untuk dibuang.

UNTUNGYA ADA PEMBANTU

ADVERTISEMENT

BAGUSNYA KUCING NI

Jika kucing pun boleh jaga kebersihan apatah lagi kita yang dikurniakan akal oleh Allah سبحانه و تعالى . Lebih-lebih lagi lah seharusnya kita menjaga kebersihan alam sekitar. Jangan ambil sikap sambil lewa dengan membuang sampah merata-rata okay!

Insafi.. jom berubah. Jangan buang sampah merata-rata. Malu kat binatang.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Di oleh oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : @_shyknznmm via sajagempak.com

ADVERTISEMENT

Related articles