(Video) Dahulunya Pembenci Agama, Kini Penghafal Al-Quran

Boleh bayangkan tak seorang budak berumur 12 tahun bencī dan tak suka dengan agamanya sendiri kisah ini adalah kisah tentang saya sendiri iaitu semasa saya berumur 12 tahun saya tidak suka dengan agama saya dan saya tak suka dengan orang yang belajar agama.

Lepas nya dapat keputusan UPSR dan PSRA, ayah saya suruh buat pilihan sama ada masuk sekolah Menengah Agama atau Tahfiz dua pilihan sahaja yang ayah saya bagi.

Saya fikir punya fikir punya fikir dan akhirnya saya pilih untuk masuk sekolah Menengah Agama, tapi tak lama..

Selepas sebulan saya masuk sekolah Menengah Agama ada benda yang jadi dan saya terpaksa untuk pindah, jadi saya tanya dengan ayah saya kata kalau nak pindah boleh tapi boleh masuk Tahfiz saja, tak boleh masuk sekolah lain tak boleh masuk tempat lain.

Jadi saya fikir lah.. kebetulan masa tu cuti, jadi saya fikir dalam bilik saya tengok Al-Quran dalam bilik saya dan saya kata..

“.. Al-Quran ni sebenarnya tak adalah tebal sangat jadi kenapa orang perlu habiskan bertahun-tahun untuk hafal Al-Quran ini?..”

saya kata macam tu.. nampak tak punya rīya’, bongkak semua ada dalam tu kan.. hei teruk betul

Jadi saya pun buat keputusan untuk masuk Tahfiz. Tapi bila saya masuk Tahfiz barulah saya tahu kehidupan budak-budak yang belajar agama ni, kehidupan budak Tahfiz ni lain. Jadi bila saya masuk Tahfiz kehidupan saya berubah terus.

saya kena bangun awal pagi saya kena buat macam-macam.

Bila hafal Quran saya ingatkan benda tu mudah, saya ingat kan benda tu senang.. tapi bila saya hadap sendiri,

saya rasa ya Allah mujahadah nya, perlukan kesabaran yang tinggi

Jadi bila saya buka Al-Quran saya hafal tasmik, saya hafal hafazan baru tapi saya tak dapat dan saya kena rotān.

Rotān dan saya tu dah akrab macam kawan baik dah. Tapi lama kelamaan selepas saya dah biasa kan diri dengan kehidupan Tahfiz saya rasakan satu ketenangan dalam diri saya dan saya rasakan hidupan saya sedikit sebanyak dah berubah.

Bila saya berjaya hafal hafazan baru akhirnya ustaz bagi saya hadiah, ustaz puji saya.. budak-budak kena puji dapat hadiah siapa tak seronok kan? budak-budak kan..

Saya rasa seronok, saya rasa best, saya rasa macam seronok lah kehidupan di tahfiz ni seronok. Selepas itu saya terpaksa pindah ke Tahfiz lain bila saya pindah ke Tahfiz lain saya rasa suasana yang berbeza. confirm la kan sebab tempat lain. Tapi saya rasa seronok juga, saya rasa tenang, kehidupan saya bertambah baik.

Jadi saya teruskan menghafal dan tahun demi tahun akhirnya masa saya berumur 16 tahun saya berjaya tamat kan hafazan saya 30 juzuk dan ustaz saya suruh baca doa hantam Al-Quran.

Masa tu saya baca dalam keadaan saya fikir saya dulu adalah orang yang pernah hīna orang yang belajar agama, saya pernah pandang rēmeh, pandang rendah pada orang yang belajar agama. Saya rasa orang yang tinggalkan agama dengan orang yang ada pegangan agama adalah sama dengan saya rasa orang yang tinggalkan agama adalah lebih baik, masa itu lah kan ..

Jadi persepsī saya berubah, persoalan persoalan yang timbul dalam diri saya akhirnya terjawab lepas saya sendiri masuk dalam dunia Tahfiz ni.

Akhirnya saya sendiri dapat rasakan yang sebenarnya orang yang belajar agama ini akan dapat ketenangan dan kejayaan yang Allah سبحانه و تعالى‎ dah tetapkan.

Akhirnya, saya minta semua yang tonton video ini tolong doakan kepada semua orang supaya jaga hafazan, jangan sesekali pandang rendah kepada orang lain dan jangan rasa yang di itu lebih hebat semoga bermanfaat terima kasih

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video/Gambar : ML Studio & Pir Ibnu Saifullah

Related articles