Ustazah Kongsi 5 Langkah Ringkas, InsyaAllāh Anak Dengar Kata & Menjadi

Anak sering disebut didalam Al-Quran sebagai nikmat, anugerah Allah سبحانه و تعالى‎ , penyejuk mata (qurrat al-‘ain) buat sang ibu dan ayah, anak  juga merupakan penyambung ketūrūnan, dan anak juga adalah orang yang akan mendoakan is ibu ayah setelah ketiādaan mereka nanti dan dalam masa yang sama anak merupakan amanah besar yang mesti dipikul dan ditanggung dengan baik oleh mereka yang bergelar ibu bapa.

Anak, hatinya suci ibarat permata mahal yang siap sedia untuk dibentuk dan diukir. Jika ia dididik dan dibiasakan untuk melakukan kebaikkan maka ia akan mahir dalam bidang ini berbahagialah mereka didunia ini dan diākhīrat kelak.

KERAP ATAU PERBANYAKKAN MENDOAKAN ANAK

Antara peluang yang sering dilepaskan oleh ibu bapa, adalah mendoakan anak mereka tiap ketika terpandang ke wajah mereka, ketika makan, bermain dan sebagainya.

Pernah seorang ulama bertanya kepada seseorang, Kamu berapa banyak mendo’akan anakmu?

Lalu dijawab oleh lelaki itu, ‘Setiap kali saya berdoa untuk diri saya sendiri, saya juga mendo’akan anak saya Ustaz.

Lalu ditanya lagi kepada lelaki itu, Berapa banyak kamu berdoa untuk dirimu sendiri?

Dijawabnya, ‘Setiap kali habis solat saya doa, saya doakan anak saya juga’.

 Lalu dikatakan kepada lelaki itu, ‘ kamu tahu, saya akan berdoa setiap kali melihat anak saya dari mulai bayi sampai dia sekolah.’

Sungguh, Doa ibubapa tiada hijab dan sangat mustajab, dan dengannya juga boleh menjadi asbab anak-anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah dan bertaqwa.

Jom kita ikuti perkongsian Ustazah Aminah Mat Yusoff di facebook miliknya. Ujar ustazah selalulah baca doa ini dan tiup ubun-ubun anak, moga menjadi anak soleh dan solehah.

1. Almārhum ayah selalu buat pada saya dan adik beradik. Mulanya saya tak tahu kenapa orang tua selalu baca doa dan tiup ubun-ubun. Tapi bila ayah selalu buat macam tu kita rasa sangat disayangi, dilindungi dan erat hubùngān.

2. Baca Surah al-Fatihah dan hembus ubun-ubun anak sebelum tidur. Niat sedekahkan kepada rūh, agar jiwa dan emōsī anak sentiasa terisi dengan kebaikan, membesar bagai juara.

3. Doa untuk anak-anak sepertimana doa Rasulullah صلى الله عليه kepada Abdullah Ibnu Abbas رضي الله عنه :

Bacakan doa ini kepada anak-anak di ubun kepala saat mereka sedang tidur atau doakan saat mereka bersama kita.

“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimhuttakweel.”

Maksudnya : “Ya Allah, berilah kefahaman tentang agama (Islam) kepadanya dan kurniakanlah ilmu tentang takwil (tafsiran dan pemahaman alQuran).”

اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل

Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama dan ajarkanlah dia Takwil (menafsir Al-Quran).”

[Ahmad bin Hanbal, al-Hakim, al-Thabarani (Mu’jam al-Kabir, al-Ausath & Saghier), Ibn Hibban dan lain-lain.]

Atau menurut Ustaz Dr. Zahazan Mohamed, boleh juga dibaca :

“Allahumma faqqih hu fid deen, wa alimuhul hikmah (ilmu pengetahuan)”

4. Doa ketika anak sedang makan

Gosok lembut kepala anak, tekapkan telapak tangan kanan di ubun-ubun kepalanya dan baca doa;

“Ya Allah berkatilah setiap butir nasi yang masuk ke perut anakku ini, jadikanlah dia sebagai rezeki yang diberkati dan diredhai oleh-MU”.

5. Sejukkan hati dengan melihat mata anak-anak, senyuman mereka dan doakan;

” Ya Allah.. Peliharalah anakku sebagaimana Engkau menjaga hāmbā-Mu yang Soleh dan Solehah”.

Anak kita, akan hidup di dunia yang lagi mencābar. Santuni dan kasihi mereka hari ini agar ia membesar sebagai pemilik jiwa yang tenang.

-Aminah Mat Yusoff –

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Aminah Mat Yusoff
Viral Malaysia Ku 

Related articles