Tanyalah kepada sesiapa juga, khususnya ibu yang mengandung dan seorang bapa yang bakal menimang cahaya mata, lebih-lebih lagi kepada pasangan atau mereka yang bakal melahīrkan cahaya mata sulong. Lenteran itu, setiap bakal ibu atau pun ibu yang mengandung menginginkan pengalaman bersalīn normal yang mudah dan senang.
Maka perkongsian artikel kali ini akan berkongsi satu amalan mujarrabat untuk memudahkan ibu bersalin.
Perkongsian yang dikongsi oleh Ustaz Abdul Rahman di facebook miliknya mengenai baru-baru ini isterinya melahīrkan anak mereka dengan begitu mudah dan cepat sehingga doktor pun berasa takjub. “.. Alhamdulillah tiada sebarang jahītan diperlukan…” tulis Ustaz Abdul Rahman.
Mari kita ikuti perkongsian Ustaz Abdul Rahman ini.
AMALAN MUJARRABAT UNTUK MEMUDAHKAN IBU BERSALIN
Antara amalan mujarrabat untuk memudahkan ibu bersalin ialah membaca berulang-ulang kali Surah ‘Abasa ayat 20 (tanpa menyambung ayat selepasnya) :
{ ثُمَّ ٱلسَّبِیلَ یَسَّرَهُ }
Ayat ini bermaksud: “Kemudian Dia (Allah) memudahkan jalan”.
Qatadah, al-Suddi, Muqatil dan salah satu riwayat daripada Ibn ‘Abbas mengatakan bahawa maksud ayat ini ialah: “Allah memudahkannya untuk keluar daripada perut ibunya” (lihat Tafsir al-Qurtubi).
ISTERI BERSALIN DENGAN BEGITU MUDAH DAN CEPAT SEHINGGA DOKTOR PUN BERASA TAKJUB
Amalan ini kami pelajari daripada ibu kami dan insyaAllah mujarab. Baru-baru ni isteri saya melahīrkan anak kami dengan begitu mudah dan cepat sehingga doktor pun berasa takjub. Alhamdulillah tiada sebarang jahītan diperlukan.
Suami pun boleh amalkan juga ketika isteri hampir bersalīn. Pendek je ayatnya. Tak susah pun.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : AbdulRahman Dan UmmuRaihanah