Ustaz Ebit Lew Kongsi, Selitkan 5 Ayat Ini Untuk Doa Cepat Makbul

Sebagai Muslim, kita perlu sentiasa meletakkan keyakinan bahawa setiap doa yang dipanjātkan kepada Allah سبحانه و تعالى‎  tidak akan ditolak.

Ketika mana kita mengangkat tangan untuk berdoa memohon sesuatu daripada Allah, Allah tidak akan biarkan tangan kita itu dikembalikan dalam keadaan ia kosong.

Apabila kita yakin Allah سبحانه و تعالى‎  itu Maha Pemurah, Maha Kaya, tentu kita juga akan yakin Dia mampu memakbulkan apa sahaja yang kita hajatkan.

BERDOA MENGGUNAKAN NAMA-NAMA ALLAH

Kita dianjurkan berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang baik mengikut keperluan doa itu.

وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Allah سبحانه و تعالى‎  berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)

Yakinlah apabila Allah سبحانه و تعالى‎  menggerakkan lidah dan hati kita untuk meminta dan berdoa, ketahuilah sesungguhnya Allah سبحانه و تعالى‎ ingin memberi.

Bukan mudah untuk seseorang menggerakkan hati dan lidahnya berdoa jika tidak mendapat hidayah Allah سبحانه و تعالى‎

Dalam satu tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew, ustaz ada berkongsi 5 ayat untuk doa cepat makbul. Jom kita lihat perkosngsian Ustaz Ebit Lew ini.

Perkara PERTAMA untuk Allah سبحانه و تعالى‎ kabulkan doa kita yang saya nak share dengan tuan puan , jika nak apa-apa, kalau ada hajat, bila-bila pun, waktu bila pun , banyakkan doa ini

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalīm.”

KEDUANYA selawat keatas Nabi صلى الله عليه وسلم . Mana-mana selawat pun boleh

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ataupun

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلم

kebiasaan para ulama selalu berdoa dan daripada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم pun iaitu

‎اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ ❁ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيْمَ ❁ وَبَارِكْ عَلَىٰ مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ مُحَمَّدٍ ❁ كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَىٰ آلِ إِبْرَاهِيْمَ فِي الْعَالَمِينَ ❁ إنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

KETIGA bacalah

‎ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ , ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ, ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

KEEMPAT bacalah

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ , يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ , يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

Dan yang KELIMANYA

يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ , يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ , يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

pesan Ustaz Ebit Lew lagi yang memberi bahagia dan tenang adalah Allah سبحانه و تعالى‎, untuk itu kita perlu hubungkan diri kita dengan Allah سبحانه و تعالى‎ . Banyakkan berdoa dalam hidup kita, banyakkan syukur pada Allah سبحانه و تعالى‎.

Sebutlah lima-lima zikir tadi malam malam , InsyaAllah rasa tenang. Rasa Allah سبحانه و تعالى‎ buka jalan. Jika tidak hafal yang kelima-lima tadi bacalah

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

pesan ustaz Ebit Lew lagi banyakkan zikir ini dan jaga solat , solat awal waktu kerana orang yang menjaga solat dia tidak akan mengeluh dalam hidupnya, dia rasa tenang, gembira dan tidak menyakiti hati orang lain. Dia susah tidak smapai rasa stress, murung… Allah سبحانه و تعالى‎ sebut begitulah sifat orang solat iaini kekal dalam melaksanakan solat.

Ini semua apa yang saya (ustaz ebit lew) daripada hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yang membuatkan dia kita makbul

Amalkan lah kelima-lima zikir ini ketika berdoa supaya Allah سبحانه و تعالى‎ bantu kita, dengar doa kita. Belajar, malam malam belajar sebut nama Allah سبحانه و تعالى‎ .

Kalau dulu kita berdoa mungkin biasa-biasa, hafal-hafal, sebut-sebut tapi kali ini benar-benar kita sebut nama Allah سبحانه و تعالى‎ dengan rasa, dengan jiwa.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles