Ulang Zikir Ini 40 Kali Selepas Subuh Dan Kesannya Pasti Mengejutkan!

FIRMAN Allah SWT: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu…” (Surah Al A’raf, ayat 180)

Sheikh Muhammad Mutawali Sya’rawi dalam tafsirnya ketika mengulas ayat ini menyebut, Allah SWT mengingatkan kita supaya berdoa kepadaNya menggunakan Asma’ul Husna kerana Dia menginginkan makhlukNya sentiasa mengingatiNya.

Dan jika kita mempunyai hajat tertentu, adalah menjadi keperluan untuk menyebut Asma’ul Husna kerana Asma’ul Husna adalah sifat yang sampai kepada martabat nama-nama Allah. Orang yang memerhati dan memikirkan nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Barang siapa yang menghitungnya, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Tun-tutan keperluan dan kehidupan seharian pada masa kini menyebab pasa-ngan terpak-sa keluar bekerja untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga pasti sukar untuk menguruskan hal berkaitan kerjaya dan rumah tangga sekali gus. Mencari kesempurnaan melakukan tugasan, mungkin adakalanya terlepas pandang sesutu perkara. Bimbang dengan urusan demi menjalankan tugasan tidak perlu risau.

Amalkan zikir Al Baari untuk memudahkan urusan. bacalah zikir ini seawal pagi atau sesudah subuh sebelum memulakan tugasan.

Caranya :

Allahumma… Zikir Ya Baari’ (40 Kali) kemudian tutup dengan doa ” Ya Allah, aku serahkan hidupku, anak-anak ku,ibu bapaku, urusanku Dan seluruh Kehidupanku untuk diaturkan oleh-Mu ya Allah, untuk diuruskan oleh-Mu ya Allah.”

Jika kita buat setiap pagi, kita buat penyerahan, Allah akan bersama dengan kita setiap saat. Kemudian jika ada apa apa masalah mesti ada jalan terus penyelesaian. Percaya ke tak percaya, Buat! Nanti baru percaya.., Tegas Ustazah Asma Harun di dalam satu kuliah.

Perkara yang sama juga turut dikongsi oleh Mira Del Rey di Twitter miliknya

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles