Udang Masak Nestum Rangup Ni Memang Sedap, Rasa Dan Aromanya Mengiurkan!

Lauk udang antara hidangan yang memang disukai ramai. Ada pelbagai jenis masakan udang yang boleh anda cuba antaranya udang masak nestum.

Biasanya kita masak udang sambal, udang masak thai, apa kata kali ni cuba udang masak nestum ni.

Aroma dan rasanya sangat menyiur dan memikat selera. Jom ikuti perkongisan di bawah ini

BACA JUGA : Select Udang Masak Thai Ikut Style Ibu Ni Memang Sedap, Terliur Dibuatnya!

RESEPI UDANG NESTUM

BAHAN-BAHAN :

  • 40 ekor udang ( goreng dan tos )
  • 1/2 Butter
  • 4 biji cili padi
  • 2 batang cili merah
  • 7-9 helai daun kari
  • Serbuk kiub ayam
  • 5 sudu serbuk susu tepung
  • 5 sudu nestum/oat
  • 1 sudu kecik serbuk lada putih
  • Garam/gula secukup rasa
  • Daun bawang untuk hiasan

CARA MEMASAK :

1. Gaul udang bersama serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, toskan dan ketepikan di dalam pinggan.

Udang Nestum

2. Cairkan butter, tumis bawang putih, cili merah, cili padi, daun kari dan kiub ayam. Kacau sebati

3. Bila dah naik bau, masukkan udang yang sudah siap digoreng tadi. Gaulkan sekejap.

4. Kemudian, masukkan susu tepung dan nestum. Gaul sehingga nestum sebati dengan udang.

Udang Nestum

5. Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula dan lada putih secukup rasa.

6. Kaup ke dalam pinggan dan taburkan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

Udang Nestum

Sumber/Foto : Sania Weina

Related articles