Tukang Masak Thai Ni Kongsi Cara Mudah Lembutkan Daging. Memang Menjadi!

CARA MUDAH NAK LEMBUTKAN DAGING

Tak boleh dinafikan kalau nak masak hidangan daging perkara yang paling penting adalah pastikan daging itu empuk dan lembut.

Boleh jadi spoil mood kalau dagingnya liat, susah bila nak kunyah. Dah la liat, suka menyangkut celah gigi pulak tu.

Oleh itu, di artikel kali ini, admin akan kongsikan satu cara mudah lembutkan daging yang gerenti menjadi!

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Norsazenny Ariffin telah berkongsi petua untuk melembutkan daging dengan mudah hanya menggunakan ais batu. Menurut beliau, petua ini dikongsikan oleh tukang masak Thai.

Jom lihat perkongsian lengkap oleh Norsazenny Ariffin di bawah. Selepas ini tak perlu pening kepala lagi nak fikir cara nak empukkan daging. Mudah dan berkesan!

BACA JUGA : Berselera Anak-Anak Makan. Resepi Sambal Daging Cili Api Ini Memang Berbaloi Dicuba!

CARA MUDAH LEMBUTKAN DAGING

Cara ini selalu dipraktikkan bila nak masak lauk berasaskan daging seperti sup daging atau sup tulang. Memang sekejap sahaja proses memasaknya. Caranya adalah:

  1. Rebus daging terlebih dahulu selama 20 -30 minit.
  2. Masa air tengah menggelegak, masukkan ketulan ais.
  3. Hasilnya, sekejap sahaja daging yang dimasak jadi empuk. Kemudian bolehlah ditambah bahan-bahan rencah sup yang lain, mengikut resipi masing-masing.

cara mudah lembutkan daging

Petua yang sama juga dikongsikan oleh Nurazimah Azimah yang telah mencubanya sendiri.

kami dah try menjadi, tq na yang bagi petua buat macam nie. Ampa try la wei, rebus tulang daging atau kambing tak payah rebus lama-lama. Isinya lembut ja.

cara mudah lembutkan daging

Dah baca, jangan lupa save atau kongsikan dengan yang lain. Biar sama-sama tambah ilmu.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Norsazenny Ariffin , Nurazimah Azimah

Related articles