Persahabatan adalah nikmat yang Allah سبحان و تعالىٰ limpahkan kepada hati yang ikhlas membina hubungan semata-mata kerana Allah سبحان و تعالىٰ.
Kesan daripada itu, maka timbullah perasaan kasih sayang, hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Lantaran itu, kita dapat melihat dengan jelas dalam sejarah Islam bagaimana generasi awal Islam yang dididik Rasulullah صلى الله عليه وسلم membina persahabatan mereka.
Kita dapat melihat bagaimana penduduk asal Madinah yang dikenali sebagai golongan Ansar menerima saudara mereka dari Makkah (Muhajirin). Mereka membuka hati dan rumah untuk Muhajirin, yang tiada kaitan da-rah antara mereka dan tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.
Itulah dikatakan kesan keimanan yang menyerap ke hati dan jiwa mereka, bukan kerana kepentingan tertentu tetapi nilai persahabatan sebenar adalah suatu perkara yang sangat mahal, tidak boleh dibeli dengan wang ringgit, emas atau perak.
Islam meletakkan persahabatan dan persaudaraan bukan kisah kehidupan dunia yang hanya tamat selepas berlaku kema-tian tetapi ia berterusan hingga ke ak-hirat.
ADA TUJUH JENIS PERSAHABATAN TETAPI HANYA SATU SAMPAI KE AKHI-RAT.
1. TA’ARUFFAN.
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di lapangan terbang, hotel, hospital, pejabat pos, pasar dan lainnya.
2. TAARIIHAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya.
3. AHAMMIYYATAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepen-tingan tertentu seperti rakan bisnes, poli-tik dan sebagainya.
4. FAARIHAN.
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, golf, badminton, memancing, melancong dan sebagainya.
5. AMALAN.
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek, tentera dan sebagainya.
6. ADUWWAN.
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita …dia ku’tuk dan dedahkan a’ib kita. Talam dua muka.
7. HUBBAN LIMAANAN.
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi a’ib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam di penghujung malam, dia mendoakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu, tetapi dia cinta sahabatnya; kerana ALLAH سبحان و تعالىٰ jua.
Orang mukmin sentiasa berbaik sangka sesama sahabatnya, persahabatan yang terjalin kerana ikatan kasih sayang kerana ALLAH سبحان و تعالىٰ. Semasa dia berdoa untuk dirinya sendiri dia akan masukkan bersama doa itu untuk kebaikan sahabat-sahabatnya. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada sahabatnya yang berjauhan.
Dari 7 jenis di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana ALLAH سبحان و تعالىٰ sebagaimana dalam firman Nya:
“Pada hari itu (Kia’mat) sahabat-sahabat karib akan menjadi mu’suh bagi yang lain, kecuali persahabatan kerana ketaqwaan.” (Surah Az-Zukhruf :67)
Moga bermanfaat untuk sahabat-sahabatku.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Abah Fatheemah