‘Tugas Kita’ – Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong

Damaikanlah Ustaz Ebit Lew, Nadir al-Nuri, dan Firdaus Wong

Saya berani bersumpāh Demi Allah betapa besarnya pengorbanan dan jasa ketiga-tiga insan ini untuk ummah. Nadir al-Nuri kehīlangan anak sulung kerana isteri yang sārat mengandūng terpaksa merangkāk di terowong bawah tanah yang dibōm rejīm penjajāh. Ustaz Ebit Lew yang kehīlangan ayah ketika sibuk membantu orang susāh. Firdaus Wong berkali-kali dīugūt būnūh kerana usaha dakwah dan mencegāh kemūngkāran. Pengorbanan ketiga-tiga insan ini hampir tiada taranya.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana sayangnya Ustaz Ebit Lew kepada golongan gēlandāngan dan pinggīran.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Nadir al-Nuri keras berusaha membangunkan ekosistem kebajikan, pendidikan, dan perniagaan saudara kita yang dijajāh dan dipērangī.

Allah tidak akan sekali-kali lupa bagaimana Firdaus Wong membimbing ramai saudara baru untuk kembali ke agama fitrah demi keselamatan dunia akhīrat sedang dalam masa yang sama mendepani golongan ēkstremīs.

Sungguh, tiada siapa pun antara kita yang layak menghakimi ketiga-tiga insan ini. Kita selalu lupa betapa satu-satunya manusia yang sempurna dan bebas daripada dōsa sudah pun wafāt lebih seribu tahun yang lalu. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang memimpin negara dalam rumah yang kecil hinggakan untuk sujud pun isteri baginda perlu mengalihkan kakinya. Tiada lagi insan sehebat Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mempimpin negara dalam keadaan kelapāran mengikat batu di perut Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم. Tiada lagi insan sesempurna Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bersegera mengagihkan harta-benda baginda hinggakan wafāt tanpa mewariskan kekayaan luar biasa kepada ahli keluarga baginda.

Kita selalu meletakkan neraca kesempurnaan dalam menghakimi orang lain, hingga ke tahap segala jasa dan sumbangan insan lain diperkecil-kecilkan, sebaliknya segala kekurangan mereka diperbesar-besarkan dan diulang-ulang. Lebih pārah, tanpa kita sedari apī permūsūhan dan kebencīan ditīup dengan kencang hingga ke tahap melāga-lagākan insan-insan yang sedang sama-sama melakukan kebaikan.

Hakikatnya, Allah سبحانه و تعالى‎ menuntut kita untuk sentiasa berusaha mendamaikan saudara kita yang saling bermūsūhan – bahkan hingga ke tahap kita dibenarkan berbōhong dan menīpū demi mendamaikan antara dua pihak yang bērtelāgah.

Saya menyeru rakan-rakan untuk sama-sama kita menyeru usaha perdamaian secara baik antara Ustaz Ebit Lew dan Nadir al-Nuri ini. Sungguh rugīnya kita berpecah dan berpihak sesama kita dalam keadaan penjajāh terus berkuasa membantaī saudara kita. Sungguh rugīnya kita berpecāh-belāh dalam keadaan ramai antara kita yang terkesan dengan situasi hidup sekarang di kala masih ramai yang memerlukan perhatian dan sumbangan. Betapa rugīnya kita berpecah dan bertelīngkah dalam keadaan saat ini wilayah kita dituntut kuasa besar Chīnā  dan Fīlipīna di P B B.

Ingatlah sungguh-sungguh pesanan Rasulullah صلى الله عليه وسلم ini kepada kita semua:

  • “Jauhilah sangkā burūk, kerana bersangka burūk itulah ucapan yang paling dūsta;
  • Janganlah mencari-cari isu;
  • Janganlah mencari-cari kesalāhan;
  • Janganlah saling bersaing (dengan burūk);
  • Janganlah saling dengkī-mendengkī;
  • Janganlah salīng memārahī; dan
  • Janganlah saling memūsuhī!
  • Sebaliknya, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”
    (Hadis riwayat Muslim)

Oleh: Abdul Muein Abadi
Hambā Allah yang cintakan perdamaian dan persaudaraan

Pilihan ditangan kita, sama ada nak jadi pendamai atau batu apī . Ambil lah pedoman daripada firman Allah سبحانه و تعالى‎ ini ;

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٞ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara , maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu ; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat . [ Ayat 10 , Surah Al-Hujurat ]

Jagalah tangan kita, jika menulis, merespons itu dapat mendamaikan silakan. Jangan lah kita mengulas dengan ayat yang asalkan boleh tulis. Kita sudah dibanjiri dengan lambakan status atau komen yang hanya sekadar menambah bilangan notifikasi, sedikit pun tiada manfaat bahkan hanya bebelan kosong yang mungkin bernada angkuh, menambah perisa, menambah ‘petrol’ yang hanya akan menyemarakkan lagi apī fītnah dan perbalāhan.

Ingatlah, antara anggota yang paling banyak berdōsa ialah lidah. Bahkan memang secara umumnya Nabi صلى الله عليه وسلم pernah ingatkan seperti dalam riwayat al-Baihaqi, “Kebanyakan dōsa anak Adam ialah pada lidahnya.”

Di media sosīal tangan dan jari kita adalah wakil bagi lidah.

Berhati-hati. Media sosial boleh jadi medan untuk orang tunjuk pandai, tapi berapa ramai yang sebenarnya membuka keaīban sendiri. Dalam al-Jawhar al-Mawhub dinyatakan bahawa diam seorang yang jahīl ibarat perhiasan untuk dirinya.

Sungguh kita berada di ‘Zaman Fītnāh’.. Tak semua urusan kita perlu masuk campur dan komen. Tak semua yang kita tahu perlu diperkatakan kepada semua orang. Terkadang hanya satu atau dua orang sudah memadai. Perlu lihat apakah percakapan atau penulisan kita membawa implikasi kepada kebaikan ataupun fītnah kerana tiap-tiap perkara ada bahagian yang akan dihadap dan dipertanggungjawabkan di hari kīamat kelak. Jangan jadi penyemarak kepada penyebaran fītnah. Ingat pesan Nabi صلى الله عليه وسلم bercakap lah perkara yang baik atau diam !!!

صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles