Tips Supaya Bihun Goreng Cantik Berkilat Elok & Sedap. Anda Boleh Ikut Tips Yatie Kitchen Ni!

Bihun Goreng antara hidangan ringkas yang sedap dan ringkas untuk disediakan. Jika kena cara memang boleh bertambah dibuatnya walaupun ringkas walaupun hanya bihun goreng kosong.

Nak memasak bihun goreng ada caranya, ada tipsnya supaya bihun goreng nampak cantik dan berkilat. Caranya mudah, ikuti tips yang dikongsikan oleh Yatiekitchen di bawah ini.

Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Mudah Masak Bihun Sup Tulang Utara. Ikut Jerr Resepi Ni Confirm Menjadi

RESEPI BIHUN GORENG KOSONG

Bihun Goreng Kosong ja, tak dak daging, tak dak sotong , tak dak udang, tak dak ayam. Boh udang kering semata , sayoq pon tak dak … tu dok taboq daun bawang kut atas. Syukur Alhamdullillah

Meh saya bagitau Tips macamana nak bagi bihun goreng cantik berkilat elok , rahsia nya masuk kicap dalam tumisan , kicap campur dengan minyak , bihun jadi berkilat elok, jangan tuang kicap pada bihun last sekali , nanti bila gaul bihun jadi tak sekata kalernya.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 pek bihun
  • 3 biji telur
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit serbuk lada putih
  • 3 sudu cili kisar
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Mushroom seasoning
  • Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK :

  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • Segenggam udang kering

CARA MEMASAK :

1. Panaskan minyak dan goreng telur separuh masak dan ketepikan di kuali.

2. Dalam kuali sama, tumis bahan tumbuk hingga wangi.

3. Masukkan cili kisar, masak hingga agak garing.

4. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato dan kacau rata.

5. Kemudian masukkan kicap manis, mushroom seasoning dan garam secukup rasa. Gaul sebati.

6. Masukkan bihun dan kacau rata bersama telur yang diketepikan tadi. Taburkan lada putih.Gunakan pengepit untuk ratakan bihun dan agar bihun tidak terputus. Taburkan daun bawang sebelum dihidangkan.

Sumber/Foto : Yatiekitchen via Rencah Rasa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles