Bagi peminat ikan air tawar, ikan keli adalah ikan ait tawat yang sedap dimasak dengan pelbagai cara. Rasa serta tekstur isinya yang lembut sangat disukai oleh peminatnya.
Selain perlu diketahui cara yang betul siang dan menghilangkan rasa dan bau ikan keli supaya rasanya lebih sedap apbila dimasak, anda juga perlu ketahui tips supaya ketika memasak ikan keli ini tidak meletup dan isinya tidak hancur.
Bagi mereka yang ingin memasak sendiri ikan keli boleh ikuti tips yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim ini barulah masa menggorang ikan keli nanti tak melutup terpercik pada muka dan ikan pun tidak hancur. Mari kita ikuti perkongsian di bawah ini
ARTIKEL BERKAITAN : Cara Hilangkan Rasa & Bau Hanyir Ikan Keli Supaya Isi Rasa Lebih Sedap Bila Masak
TIPS GORENG IKAN KELI SUPAYA TAK MELETUP
Lepas siang, basuh ikan dan rendam dengan tepung gandum. Cuci sental-sental sampai lendir ikan tu hilang.
Dah siap sental-sental ikan tu, gaul lah ikan keli tu dengan garam , kunyit & tepung jagung. Sukatan tu ikot sendiri berape ekor ikan tu. Gaul bagi rata.
Sambil gaul-gaul ikan tu, panas kan minyak dulu. Dah panas tu letak 2/3 potong halia kedalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Tak payah buang kulit halia tu.
Taraaa .. ikan hakak dah siap digoreng .. cantik kan .. tak hancur pun
RESEPI IKAN KELI MASAK SERAI
Ni lah hasil nye lepas digoreng .. takde lauk lain pun takde dah .. ade yang nak resepi tak ?
Nah hahak bagi resepi sekali takot ade yang terliur je ..
BAHAN-BAHAN :
( kuantiti ikot ikan ye )
- Halia*
- Kunyit*
- Serai*
- Bawang merah*
- Bawang putih*
- Lada besar*
- Lada kecik*
- Gula
- Garam
( bahan yang bertanda * tumbuk atau blnder kering )
CARA-CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan yang di tumbuk / diblnder
3. Dah masukkan garam & gula
4. Gaul sampai agak kering / pecah minyak masukkan ikan yang digoreng tadi
5. Gaul rata tutup api dah pun siap
( boleh tukar kepada ayam / ikan patin pun sedap )
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Zur Ain Salim via MyResipi
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik
Viral Malaysia Ku