Tips Buat Stok Bawang Kisar Supaya Tahan Lama, Tahan 2 Bulan Tak Bertukar Ungu

Bawang kisar adalah bahan utama untuk memasak. Kebiasaanya ibu ibu khususnya akan menyediakan stok bawang kisar yang banyak agar mudah untuk memasak selain menjimatkan masa mereka. Terkadang bawang kisar yang disimpan tidak bertahan lama seperti bertukar warna bahkan ada yang berkulat walaupun di simpan di dalam peti.

Oleh itu Puan Zahiruddin Al Amin Zainuddin ada membuat satu perkongsian dan tips agar stok bawang kisar tahan lama sehingga 2 bulan, tidak berubah warna pun masih bersinar-sinar.

Mari kita ikuti perkongsian oleh Puan Zahiruddin Al Amin Zainuddin ini.

TIPS BUAT STOK BAWANG KISAR SUPAYA TAHAN LAMA

Ni bukan MATJHN, tapi harini saya nak share ilmu sikit dekat akak-akak, makcik-makcik dekat luar sana.. Sebab haritu saya tengok satu post akak ni tanya, KENAPA BAWANG BLEND NAIK WARNA UNGU?? ..

Tips nak buat bawang blend (bawang mesin) supaya tahan lebih lama.. Zahirah Maisarah selalu buat stock smpai boleh tahan 1-2 bulan dan boleh jgak letak dalam freezer (lagi lama tahan).. Jangan risau, warna dia tetap bersinar-sinar

BAHAN-BAHAN :

  • Bawang holland
  • Minyak masak

CARA-CARA :

1.Kisar bawang bersama minyak masak.

2.Tuangkan dalam bekas, kemudian tambah lagi minyak masak secukupnya.

NOTED
Jangan pakai air biasa, nanti bawang tu akan bertukar warna dan tak boleh tahan lama

Terima kasih dan selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Zahiruddin Al Amin Zainuddin  via MyResepi, Rencah Rasa

Related articles