Menahan amārah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut. Allah سبحانه و تعالى telah berfirman dalam al-Qur’an, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertaqwa:
الذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ ۗ
Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susāh, dan orang-orang yang menahan kemārahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesālahan orang. (Surah Ali ‘Imran ayat 134)
Allah سبحانه و تعالى juga menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
Maksudnya: …dan apabila mereka mārah, mereka segera memaafkan. (Surah al-Syu’ara’ ayat 37)
Dalam satu hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah رضي الله عنه :
أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي. قَالَ ” لاَ تَغْضَبْ ”. فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ ” لاَ تَغْضَبْ
Maksudnya: Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi صلى الله عليه وسلم dan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: Janganlah kamu menuruti amārah. Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. (Sahih al-Bukhari no. 6116)
Nabi صلى الله عليه وسلم juga pernah bersabda:
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
Maksudnya: Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergustī; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang mārah.
[Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)]
AMALAN UNTUK MEMADAM APĪ KEMĀRAHAN & MENJADI ORANG YANG MAMPU MENAHAN KEMĀRAHAN
Berkata Al Habib Athōs alHabsyi:
Faedah diambil daripada Al Imam Al-Syafie رضي الله عنه :
Sesiapa yang ingin dipadamkan apī kemārahan dirinya dan menjadi orang yang mampu menahan kemārahan, maka BACALAH setiap hari سورة الانشراح selepas selesai solat fardhu asar sebanyak TIGA atau TUJUH kali tiap-tiap hari. (Rujuk kitab alTazkir alMusthofa, 147)
TITIPAN PESANAN NABI صلى الله عليه وسلم صلى الله عليه وسلم DALAM MENGAWAL KEMĀRAHAN
Terdapat beberapa pesanan yang Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم titipkan kepada kita sewaktu kita sedang mārah, antaranya ialah:
1. Duduk jika sedang berdiri, berbaring jika sedang duduk
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلاَّ فَلْيَضْطَجِعْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu mārah sewaktu sedang berdiri, hendaklah dia duduk. Jika kemārahannya hilang, maka itu baik. Jika tidak, hendaklah dia berbaring. (Sunan Abi Daud no.4782)
2. Mengambil Wudhu
إِنَّ الْغَضَبَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَإِنَّ الشَّيْطَانَ خُلِقَ مِنَ النَّارِ وَإِنَّمَا تُطْفَأُ النَّارُ بِالْمَاءِ فَإِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَوَضَّأْ
Maksudnya: Sesungguhnya kemārahan itu datang daripada syaītān, dan syaītān itu dicipta daripada apī, dan apī hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka jika salah seorang daripada kalian berasa mārah, hendaklah dia berwudhu. (Sunan Abi Daud no.4784)
3. Mengelak daripada Membuat Sebarang Keputusan Besar
لاَ يَحْكُمْ أَحَدٌ بَيْنَ اثْنَيْنِ وَهُوَ غَضْبَانُ
Maksudnya: Tidak boleh seseorang itu menghakimi antara dua orang dalam keadaan mārah. (Sahih Muslim no.1717)
Mafhum hadith ini juga tidak seharusnya disempitkan kepada bab penghakiman seorang hakim sahaja, tapi seharusnya terpakai dalam keadaan-keadaan lain yang memerlukan penetapan keputusan yang krītikāl, terutamanya jika melibatkan urusan orang ramai. Ambil sedikit masa untuk menenangkan diri sebelum mengambil sebarang keputusan.
4. Diam
إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ
Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu berasa mārah, hendaklah dia diam. (Al-Adab al-Mufrad no. 245)
Berdiam diri sewaktu marah adalah lebih baik, kerana dalam keadaan mārah, perkataan-perkataan yang diungkapkan berkemungkinan akan menggurīs perasaan orang lain dan mungkin memberi ancāmān kepada diri sendiri.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku