Tip Masak Daging Goreng Kunyit Yang Lembut Dan Tidak Liat

‘Daging Goreng Kunyit’merupakan satu menu yang amat mudah disediakan dan merupakan antara menu kegemaran ramai. Namun masalah utama yang kerap kita dihadapi adalah apabila memasak hidangan ini adalah dagingnya keras dan liat, terutamanya bila sudah sejuk. Untuk atasi masalah ini, jom kita baca perkongsian dan tip oleh Nana Ismail.

TIPS NAK GORENG DAGING KUNYIT SUPAYA LEMBUT DAN CARA YANG BETUL

Ramai betul yang goreng daging terlalu lama sebab nak pastikan dia lembut dan masak.
Masalahnya bila buat macam tu, daging akan bertambah kecut, kering dan lembut masa tengah panas-panas ja.

LANGKAH 1

Daging tu nak senang potong dan tak julinggg mata nak usya urat-urat dia adalah dengan balik-balikkan daging tu dalam kuali panas tanpa minyak. ( dalam dia of coz la masih mentah)
Nanti korang akan nampak urat dia lebih jelas dan mudah nak potong. Takdelah dia nyekk nyekk macam jeli.

Haaa potong macam gambar bawah tu. Kalau ikut tips nana tu memang mudah nak kenal pasti urat dia.

LANGKAH 2

Lepas dah hiris nipis, korang goreng daging tu tanpa minyak biar air daging tu keluar dan kering. Lepas tu angkat laaa.

Nanti daging tu akan nampak macam berebuss tapi tak nahhhh. Nana just keringkan air daging tu dalam kuali tanpa minyak ja.

LANGKAH 3

Haaaa dah settle 2 step tu baru la korang lumur daging buh kunyit dan garam. Korang boleh tengok daging nana tu haaaa. Nampak kering macam daging yang direbus kan?

Nana lumur dengan kunyit. Kering tanpa air daging tapi kat dalam berjussss yaaa.

LANGKAH 4

Lepas tu korang buh minyak then goreng macam biasa. Tempoh nak bagi lembut daging tu singkat ja.
Korang akan perasan, daging tu nampak tak kecut dan berjusssss gituuu.

Kalau buat ikut tips nana tu, takdelah air daging tu keluar masa kita goreng. Yang berair tu la yang buat daging lambat nak lembut. Bila goreng lama-lama, jadi kecut dan tak best

LANGKAH 5

Lepas tu macam biasa laaa tumis bawang, cabai, buh sayur then bagi terjun balik daging tu. SETTLE!

Goreng sat sat jaaaa. Daging tak kecut ye.

HASILNYA

Nampak sedap dan tak kering kan?

Simple dan mudahkan tip daripada Nana Ismail ini, Selamat mencuba!

#NanaSharingTips
#SukaMasakMasak

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Nana Ismail via Rasa

Related articles