Tip Elak Habuk Melekat Pada Perabot, Sembur & Lap Dengan Bancuhan Air Ini Supaya Tak Perlu Kerap Mengelap!

Rumah yang selesa, bersih, nyaman serta berbau harum adalah impian setiap insan, apatah lagi jika ruang kediamannya ditambah lagi dengan gaya dekorasi yang menarik.

Menyentuh tentang keharuman dalaman rumah, pasti hampir semua di antara kita yang selalu menggunakan pewangi rumah atau penyegar udara, sama ada jenis semburan, gel, humidifier mahupun daripada ekstrak bunga-bunga semulajadi.

Salah satu kebaikan yang ada apabila rumah sentiasa wangi ini adalah ia mampu memberi kesegaran kepada diri kita, menenangkan otak, berasa selesa dan juga sebagai aromatherapy secara tidak langsung.

Memetik perkongsian daripada Aien Suraya di group Facebook Kelab Kaki Deko baru-baru ini, beliau berkongsi beberapa tips yang boleh diamalkan supaya rumah sentiasa kekal wangi.

Mari baca perkongsiannya di bawah ini.

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Jom wangikan rumah…sis belek-belek baca diinternet dan jumpa empat (4) tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me.

HABUK TAK MELEKAT PADA PERABOT

BAHAN-BAHAN :

  • 2 sudu cecair pencuci
  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu minyak zaiton
  • sedikit essential oil (berfungsi bau harum)
  • 1 cawan air

Caranya mudah sahaja. Bancuh kesemua bahan ini hingga sebati kemudian masukkan kedalam botol spray.

Spraykan pada semua perabot kesayangan anda ketika menyelap habuk.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

KILATKAN LANTAI RUMAH

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 penutup pencuci lantai
  • Cuka
  • Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan.

Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

WANGIKAN RUMAH

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 penutup pelembut fabrik
  • Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda.

Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

SEGARKAN BILIK AIR

BAHAN-BAHAN :

  • 1 sudu kecil teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysia Ku

Related articles