Tip Buat Sambal Bilis Garing Yang Sedap & Pekat. Dah Siap Masak, Kena Ceduk Macam Ini

Sambal ikan bilis garing antara lauk yang digemari ramai. Jika tiada mood nak masak, lauk ini sudah cukup dimakan bersama nasi panas atau roti sudah cukup menyelerakan.

Jika anda ingin memasaknya ada tip yang boleh anda lakukan untuk hasilkan sambal yang pekat dan ikan bilis yang garing.

Mari ikuti perkongisan resepi di bawah ini.

BACA JUGA: Tip Ikan Bilis Goreng Kekal Rangup & Tak Liat Walaupun Sudah Sejuk. Ini Caranya!

RESEPI SAMBAL BILIS GARING ALA SAMBAL PEKAT

Buat stok Sambal Bilis Garing ni kalau malas masak lauk. Makan jer nasi ngan sambal ni..

BAHAN-BAHAN:

  • 2 genggam ikan bilis (lebih pun boleh) – goreng sampai garing pastu toskan dan biarkan sejuk
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar gula merah (sebab tu kalernya gelap)
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit bahan perasa
  • 1 keping asam keping

BAHAN KISAR:

  • 40 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis yang dah dikopek
  • 1 dan 1/2 cawan minyak masak (lebih pun boleh)

CARA-CARA:

1. Masukkan bahan kisar dan asam keping dalam kuali. Masak guna api sederhana.

2. Bila sambal dah mula mendidih, naik minyak elok dan bertukar warna. Masukkan gula, garam dan bahan perasa. Masak hingga sambal berbuih kecil, berwarna gelap dan pekat. Tutup api.

3. Biarkan sambal betul-betu sejuk.

4. Bila sambal dah sejuk boleh masukkan ikan bilis yang dah digoreng garing tadi.

5. Cedok/buang lebihan minyak dan boleh simpan dalam bekas.

sambal bilis garing

Sumber/Foto: Mariana Zainal

Related articles