Tip Buat Air Asam Sedap Menyengat. Tambah 2 Bahan Ni & Gaul, Baru Terangkat!

Jika makan ikan bakar, daging bakar ataupun terung bakar bagai tidak lengkap jika tidak dicicah dengan air asam. Air asam sangat mudah disediakan namun tidak semua orang mampu menghasilkan air asam yang sedap. Ada ketika, air asamnya cair dan tidak secukup rasa.

Resepi perkongsian ameera ini boleh bantu ada dapatkan air asam yang pekat, sedap dan menyengat. Mari kita ikuti perkongsian ini dibawah

ARTIKEL BERKAITAN : Terung Bakar Asam Lemak Sajian Pelengkap Selera. Rosak Diet Beb!

RESEPI AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!

Air asam menyengat. Mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke 4. Selalu buat cicah dengan ikan sahaja, ikan tu ibu kukus je. Berpinggan weh! Cubalah.

BAHAN-BAHAN

  • 10 cili padi
  • 2 biji besar cili merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji bawang besar
  • Asam Jawa biji
  • Belacan
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu makan gula
  • Sedikit garam

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1.Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ini.

2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.

3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.

4. Air suam 1 cawan

5. Campurkan semua dalam mangkuk.

6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.

7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.

8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.

9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.

10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!

11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.

Yang ini, ikan kukus

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Ameera

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles