Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.
1. Di UMUR REMAJA
Kamu miliki masa + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai harta.
2. KETIKA FASA BEKERJA
Kamu miliki harta + tenaga
Tapi kamu tidak mempunyai masa.
3. KETIKA FASA USIA WARGA EMAS
Kamu miliki harta + masa
Tapi kamu tidak mempunyai tenaga
Inilah kehidupan…
Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu
Diambil sesuatu yang lain dari kamu
Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita
Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka…
Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :
(Qanaah : Merasa Cukup)
Jika kita ingin tahu kedudukan kita di sisi ALLAH,
Perhatikanlah kedudukan ALLAH dlm hati kita..
Yang hidup dikampung berasa nak ke bandar, yang dibandar pula ingin pulang ke kampung…
Bila hujan, kita tanya bila laaa nak kemarau… Di musim kemarau kita tanya bila la hujan nak turun..
Bila duduk di rumah, rasa nak keluar, bila keluar pula rasa ingin pulang ke rumah…
Waktu sunyi kita nak kepada orang ramai, bila ramai org pula jadi serabut perut, berasa nak kepada kesunyian.
Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki.. Bila telah dimiliki lain pula jadinya..
Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..
Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..
Mungkinkah selembar daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini…
Sedangkan menutup telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..
Tapi, kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi dengan daun..
Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan dimana-mana, bumi ini sekalipun akan nampak buruk..
Jadi, janganlah menutup mata kita, walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma seujung kuku.
Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakan-Nya.
Kerana hidup adalah, waktu yang dipinjamkan dan amanah yang dipertanggungjawabkan..
Bersyukurlah
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Dr Mohd Izhar Ariff