Di dalam satu rancangan televisyen Ustaz Wadi Anuar di tanya, macam mana ustaz jika kita nak tahu ‘bāla atau ujīan’ ni. Apa itu BĀLA dan apa itu UJĪAN?
Allah.. sungguh tidak pūas dengan setiap patah yang keluar dari mulut Ustaz Wadi Anuar. Deep. Jom kita hayati perkongsian oleh Ustaz Wadi Anuar ini.
KETIKA SEMUA ITU MEMDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH سبحانه و تعالى ITU ADALAH NIKMAT
Setiap orang dalam dunia ini miskīn, kaya, masyur tidak masyhur, berpangkat atau tidak berpangkat. Kesemua itu ketika mana membuatkan orang itu dekat dengan Allah سبحانه و تعالى maka itu nīkmat.
Kita jangan lihat seseorang yang Allah سبحانه و تعالى berikan kepadanya contohnya tiga orang anaknya cacāt?
Pernah jumpa tak?
Ketiga-tiga anaknya cacāt… bahkan ada yang empat pun ada, semuanya cacāt.
Kita pun kata, ‘itulah dulu buat terūk sangat ..’
Eh bukan.. belum tentu. Jika anaknya 3 orang cacāt tetapi dengan sebab itu membuatkan dia dekat dengan Allah سبحانه و تعالى maka itu nikmat kepada dia.
Bukanlah kemīskinan itu petanda aras bahawa seseorang itu sedang di azāb, sedang di bāla oleh Allah سبحانه و تعالى.. bukan..
Kunci dia.. ‘apa sahaja keadaan ketika mana keadaan itu membawa seseorang lebih dekat kepada Allah سبحانه و تعالى maka itu adalah nīkmat kepada dia..’
Sama ada kecācatan, kemalāngan, kesakītan, atau kemīskinan. Atau pun tiada orang kenal dia pun.
Uwais Al Qarni orang tidak kenal, makhluk dunia tidak kenal. Tidak famous dia, tiada pangkat, namum sangat tinggi kedudukkannya disisi Allah سبحانه و تعالى
Kemudian yang kedua apabila Allah سبحانه و تعالى uji sama ada yang pertama untuk angkat kedudukan.
Para Nabi, Rasul jarang sangat buat kesalah, tetapi Allah سبحانه و تعالى uji. Itu untuk angkat kedudukkan sebab kedudukkan di dalam syurga tidak sama. Seperti gaji kita tidak sama di dunia ni. Ada yang 800 ribu, ada yang 30 ribu. Macam itu lah taraf di dalam syurga tidak sama kedudukkan. Ada level di dalam syurga.
Ketika mana seseorang itu diuji oleh Allah سبحانه و تعالى mana itu untuk mengangkat kedudukkannya.
Kenapa orang soleh diuji?
Jawapanya untuk angkat kedudukkan.
Orang yang paling banyak di ujī adalah para Nabi. Dan Nabi yang paling banyak di ujī adalah Muhammad صلى الله عليه وسلم . Ujian Nabi صلى الله عليه وسلم bermula dalam kandungan. Nabi صلى الله عليه وسلم di dalam kandungan ibunya, dan Nabi صلى الله عليه وسلم kehīlangan ayahnya. Ini ujian pertama.
Jika kita senarai ujīan Rasulullah صلى الله عليه وسلم, maka kita semua akan angkat tangan sebab tiada siapa yang di ujī sebegitu kecuali nabi kita Muhammad صلى الله عليه وسلم
Maksudnya Nabi صلى الله عليه وسلم sebut manusia yang paling banyak di ujī oleh Allah سبحانه و تعالى adalah para Anbiya’ . Sebab itu level kedudukan mereka yang paling tinggi.
Maka dengan sebab itu, orang biasa bila Allah سبحانه و تعالى banyakkan ujīan itu tanda kasih Allah سبحانه و تعالى, tanda Allah sayang
Setiap kali Allah سبحانه و تعالى bagi ujīan itu tanda Allah masih merahmati dan melihat kepada orang itu.
Maksudnya adakah satu orang itu langsung tidak terima ujīan Allah سبحانه و تعالى murkā kepada dia?
Jawapannya ya.. hati-hati
Langsung tidak pernah sakīt, langsung tidak pernah mīskin sentiasa kaya sampai langsung tidak pernah di ujī.
Adakah orang macam itu?
Ada.. Fīraūn. Semua kerajaan disekelilingnya bayar ufti kepada fīraun, punyalah kuat dia punya tentera, tak pernah mīskin, tak pernah sakīt. Sampaikan fīraun ingat dirinya Tuhan kerana dia tidak pernah di ujī. Kerana ketika itu Allah سبحانه و تعالى tidak pedulī kepada dia. Allah سبحانه و تعالى tidak pernah teringin untuk tarīk dia untuk kembali kepada Nya.
Hati-hati kepada orang yang semakin tūa tapi semakin jahāt.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Mohd Hairul Arny