Terung Goreng Garlic Chili Oil, Resepi Simple Yang Buat Bertambah Nasi!

Resepi Terung Goreng Garlic Chili Oil yang paling mudah dan sangat sedap. Buat para penggemar terung, hidangan begini pasti membuka selera makan anda.

Sayur terung ini jika di masak apa pun memang sedap. Antara di masak seperti resepi ini.

Jika anda tidak pernah masak sebegini anda boleh cubanya sendiri. Dijamin sedap dan puas hati. Mari ikuti perkongsian resepi oleh Fienaz Shafie di bawah ini.

BACA JUGA : Laku Keras! Ini Cara Buat Jejari Terung Rangup. Tak Sempat Sejuk Habis Licin Sepiring

RESEPI TERUNG GORENG GARLIC CHILI OIL

Resepi simple tapi boleh buat bertambah nasi!

Terung Goreng Garlic Chili Oil

BAHAN-BAHAN :

  • Terung
  • Tepung tempura
  • Bahan garlic chili oil:
  • Bawang putih
  • Cili padi merah
  • Cili padi hijau
  • Cili merah besar
  • Bijan putih
  • Garam dan gula
  • Kicap manis
  • Minyak masak panas

CARA MEMASAK :

1. Cuci bersih terung. Kemudian belah kepada dua bahagian.

2. Salut terung dengan tepung tempura dan gorengkan sekejap. Angkat dan toskan terung.

3. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi merah, cili padi hijau dan cili merah besar. Kaup dan letak di dalam mangkuk.

4. Masukkan pula bijan putih, garam, gula, kicap manis dan minyak masak panas ke dalam mangkuk berisi bahan tumbuk tadi.

5. Gaul sebati semua bahan. Kemudian curahkan ke atas terung yang sudah digoreng tadi.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Fienaz Shafie

Related articles