Terung Goreng Bertuna, Sedap Sampai Tak Sempat Makan Dengan Nasi Dah Licin!

Sedapnya terung goreng bertuna!

Terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resepi masakkan terung tersedia. Antaranya terung sambal, bakar dan goreng. Dengan rasa yang enak dan mudah disediakan, ia tentu menjadi kegemaran ramai orang.

Kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi yang panjang berjela untuk menikmati sesuatu masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga seperti resepi telur goreng bertuna yang dikongsikan oleh Puan Cik Sue Zakaria.

Penangan terung goreng bertuna ini bukan calang-calang. Belum sempat makan bersama nasi, terung goreng bertuna ini habis licin dibuatnya, laku keras. Nak tahu macam mana cara nak hasilkan Terung Goreng Bertuna Rangup ini? Jom kita lihat perkongsian oleh Puan Cik Sue Zakaria ini.

TERUNG GORENG BERTUNA

Ya Allah pergi pasar kebetulan jumpa plak terung haluih macam peha burung puyuh ni..punya geram terbeli jugak lah ciksue pun.. sebab cute sangat

Maka tergoreng lah haaa terung ni makan dengan sos macam tu je..tak dan nak makan dengan nasi nak oiii dah habis ngap pun.

terung goreng bertuna

BAHAN-BAHAN :

  • Tepung bestari yang pedas
  • Tepung gandum
  • Tepung jagung
  • Lada sulah

 terung goreng bertuna

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Kacau tepung tadi agak-agak pekat je. Jangan cair sangat ye.

2. Sumbat terung yang dah dibelah dua dengan tuna. Sebarang tuna pun tak apa.

 terung goreng bertuna

3. Celup lah peha burung puyuh ni dalam tepung yang dah di bancuh tadi.

4. Panaskan minyak dan goreng.

5. Siap. Sedapnya. Boleh cicah sos dan mayonis sekali.

Ringkas dan mudah sahaja. Selamat mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Cik Sue Zakaria via Rencah Rasa

Related articles