Terung Bakar Asam Lemak Sajian Pelengkap Selera. Rosak Diet Beb!

Terung bakar air asam ini mungkin nampak simple, namun sekali anda dah cuba pasti akan jatuh cinta. Orang kata makan terung bakar air asam dengan nasi putih panas-panas boleh bertambah-tambah nasi. Boleh hilang diet dibuatnya.

Terung yang dibakar dan digaul dengan air asam berlemak santan pekat menjadikan rasam masam, manis, pedas dan lemak akan menambahkan selera makan anda.

Terima kasih pada Puan Nurulhuda Radzi, kerana sudi berkongsi resepi terung bakar air asam ini. Langkah memasak dah ada, cuma perlu ikut sahaja.

AIR ASAM LEMAK DAN TERUNG BAKAR

Ada yang suka tak makan air asam lemak ni… Nak buat cicah degan ikan bakar pon boleh

Bahan utama yang diperlukan adalah 2 Biji Terung yang telah dibakar dan kulit yang hangus dikopek.

BAHAN-BAHAN AIR ASAM LEMAK

Cili besar 3 biji, cili padi 4 biji dan belacan. Kesemua bahan ini perlu ditumbuk kasar ya.
Garam dan Gula.
1 biji limau kasturi atau limau nipis sebelah sahaja dan ambil perahan air limaunya.
Bawang besar dipotong mayang.
Cili padi 9 biji dipotong.
Santan 1 kotak kecil atau santan fresh. Saya pakai santan mentah kalau tak suka boleh panaskan sekejap ye.

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Sediakan semua bahan tadi. Kemudian dalam satu bekas masukkan bahan tumbuk dan semua bahan-bahan lain.

2. Gaulkan kesemuanya sehingga cukup rasa.

3. Kemudian barulah dimasukkan terung bakar yang telah dibuang kulit yang hangus tadi. Selain terung boleh rebus jantung pisang untuk ditambah bersama.

4. Siap, sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba

Sumber/Foto : Nurulhuda Radzi via Rencah Rasa

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Viral Malaysiaku

Related articles